PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

03 Januari 2011

2 cucu dalam masa sebulan

Cucu pertama

Cucu kedua

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Semalam, hari kedua bagi tahun 2011, saya dikurniakan cucu kedua setelah 18 hari mendapat cucu pertama iaitu 15 Disember 2010 lalu.

Cucu pertama dari anak sulung saya, Ahmad Suhail dengan isterinya Fatmadiana Abdullah Thani. Manakala cucu kedua dari anak keempat saya, Siti Mawaddah dengan suaminya Kamarul Azmi Mamat @ Othman. Mereka berkahwin serentak pada bulan Mac 2010 lalu.

Cucu pertama sudahpun diberi nama iaitu Nur Syaza Wijdan yang ketika dilahirkan seberat 2.89 kilogram. Cucu kedua belum bernama lagi, beratnya 2.47 kilogram. Juga perempuan. Alhamdulillah kedua-duanya sihat.

Hari ini apabila cucu kedua akan dibawa balik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, rumah kami di Teluk Ketapang akan jadi riuh rendah dan meriah. Kebetulan pula Wijdan baru bertandang ke rumah datuk dan neneknya sejak semalam. Pastinya tangisan mereka dan gelak tawa bapa-bapa dan mak-mak saudara mereka akan memeriahkan lagi suasana.

Sesungguhnya kehadiran mereka ini akan menambahkan lagi seri kehidupan kami sekeluarga. Semoga mereka menjadi penyejuk mata kepada keluarga ini. Semoga mereka terus membesar sebagai anak solih yang akan mewarisi perjuangan ini, insya' Allah

Tiada ulasan: