Hari ini 1hb Januari 2011, hari pertama bagi tahun masihi 2011. Di negeri-negeri sebelah Pantai Timur ketika ini adalah musim tengkujuh. Hujan saban hari turun, kadang-kadang tanpa henti. Di beberapa tempat air melimpah menjadi banjir sehingga ada yang terpaksa berpindah ke pusat-pusat pemindahan.
Dalam suasana cuaca yang agak sejuk di sini, banyak sekali isu-isu panas yang mewarnai latar kehidupan politik warganya. Masuknya tahun baharu mulai hari ini, rakyat semakin terasa beban yang terpaksa ditanggung ekoran kenaikan harga barangan setelah 'pelarasan subsidi' dilakukan oleh kerajaan.
Bermula hari ini, sebagaimana lazimnya setiap menjelang awal tahun, masing-masing memasang azam baharu, diharapkan rakyat khususnya di negeri Terengganu ini meletakkan suatu azam dengan penuh tekad dan semangat untuk bangkit meledakkan rasa hati mereka yang selama ini tertekan dengan pelbagai masalah untuk menukar kerajaan yang memerintah ini dengan slogan "PAS GANTI UMNO".
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan satu program besar yang dinamakan "HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT - PAS GANTI UMNO" pada 15 Januari hadapan di Dataran Tok Guru, Kg Geliga, Kemaman. Program tersebut adalah sebagai satu lambang cetusan kebangkitan rakyat di negeri ini untuk keluar dari cengkaman dan lingkaran Umno/BN selama ini (terutamanya selepas mengambil alih pemerintahan dari PAS sejak 2004 yang lalu).
Seluruh rakyat Terengganu harus sedar dan bangkit bersama untuk menyerlahkan sikap ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan yang diterajui Umno yang telah mengkucarkacirkan negeri ini dengan pelbagai 'kerja gila' yang menghabiskan wang rakyat.
Ayuh bersama kita jayakan himpunan yang akan menjadi sejarah baharu di negeri ini dengan kita mengajak semua kaum keluarga, kerabat dan rakan-rakan kita. Semua kita berperanan dan ada saham masing-masing. SELAMAT BERHIMPUN!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan