Apabila masuk tahun baharu 2011 ini, kecoh di sekolah-sekolah berhubung dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah berjalan sejak sekian lama yang melibatkan ramai juga kalangan murid-murid miskin.
Kekecohan ini bukan sahaja di kalangan ibu bapa dan murid yang selama ini menerima makanan percuma di sekolah melalui program ini, tetapi juga di kalangan guru-guru sendiri dan bahkan para pengusaha kantin sekolah.
Projek RMT ini dahulunya dilaksanakan berdasarkan maklumat murid yang disediakan oleh pihak sekolah sendiri. Maka ramailah dari kalangan murid-murid miskin yang layak menerimanya. Di sana dilihat sudah tentu tidak ada campur tangan pihak lain, terutama orang-orang politik dan pemimpin masyarakat di kampung-kampung yang dikuasai oleh parti pemerintah.
Tiba-tiba mulai tahun 2011 ini, kaedah yang selama ini terpakai itu telah diubah berdasarkan kepada eKasih. Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih.
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.
eKasih ini diuruskan di peringkat kampung oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan mengemukakannya ke Pejabat Daerah dan seterusnya ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK). Penapisannya dibuat di peringkat JKKK.
Bila sistem ini dilaksanakan pada tahun ini, ramai yang tercicir dari menerima bantuan melalui RMT tadi. Sehingga ada sekolah yang penerimanya hanya seorang atau dua orang sahaja. Ada satu daerah di negeri Terengganu ini, paling ramai penerima dari satu sekolah hanya 12 orang sahaja.
Ada sebuah sekolah, penerimanya hanya lima orang, tiga daripadanya adalah dari satu keluarga. Bermakna hanya tiga keluarga sahaja yang 'layak' menerimanya. Kebetulan pula keluarga itu adalah salah seorang dari JKKK.
Sedangkan yang layak dan memenuhi kriteria berdasarkan PGK bagi sesebuah sekolah itu sangat ramai, terutama di kawasan luar bandar.
Apabila perkara ini berlaku, ramai yang bersungut. Ibu bapa yang selama ini dapat menjimatkan perbelanjaan harian sekolah anak-anak mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebih.
Lebih terasa lagi ialah pengusaha kantin sekolah yang selama ini projek RMT ini banyak membantu mereka untuk mengaut keuntungan. Bayangkanlah kos bagi seorang murid yang menerima RMT ini ialah RM1.80 sehari. Kalau hanya dua tiga orang sahaja yang terlibat, berapa sen sangat yang mereka perolehi?
Inilah masalahnya, bila pentadbiran kerajaan yang dikuasai oleh orang-orang politik dengan sentimen politik yang menebal sehingga perkara berkaitan pendidikan pun hendak dipolitikkan juga.
Jelas mereka sudah semakin tidak layak untuk meneruskan pemerintahan ini. Patut sangat diganti. Insya' Allah, PAS Ganti Umno!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan