PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Januari 2011

Umno takut pada banner "PAS Ganti Umno"

Sejak lebih seminggu lalu, di serata pelusuk negeri Terengganu terpampang di mana-mana kain pemidang (banner) "PAS GANTI UMNO" (PGU) bagi menyemarakkan kempen membangkitkan rakyat Terengganu membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tidak kurang dari tiga helai bagi setiap DUN banner tersebut disediakan untuk dipasang di tempat-tempat strategik dalam DUN masing-masing di negeri ini.

Sebelum ini banner-banner berbentuk maklumat program PAS yang dipasang merata-rata tidak diganggu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Tiba-tiba banner PGU ini begitu sensitif kepada Umno.

Dalam masa yang singkat sahaja selepas pemasangannya, datanglah pihak penguatkuasa PBT di beberapa tempat untuk menanggal dan merampasnya. Tindakan itu diambil tidak melibatkan semua tempat. Mungkin bergantung kepada 'arahan' pihak Umno setempat kepada PBT di tempatnya.

Contohnya, dalam kawasan Kuala Nerus yang semua DUN terlibat di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tetapi hanya di DUN Seberang Takir sahaja yang diambil tindakan, sementara tiga DUN lain tidak diusik.

Rupa-rupanya Umno sangat takut walaupun dengan tulisan dan gambar pada banner yang terpampang di tepi-tepi jalan. Mereka menggunakan kuasa yang ada pada mereka mengarahkan PBT bertindak.

Apakah ini sebagai petanda bahawa kempen yang dilakukan oleh PAS itu berjaya? Apakah mungkin dalam pilihan raya umum nanti rakyat benar-benar mahu supaya PAS yang menggantikan Umno bagi memerintah negeri ini khususnya? Moga-moga ia menjadi kenyataan, insya' Allah. PAS Ganti Umno!

Tiada ulasan: