Semalam (7 Januari 2011) telah berlangsung Program 1,000 Mawar - Semangat Merah Jambu anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus di Dewan Sivik Pulau Duyung. Ia dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Ada cerita menarik dalam program tersebut yang mungkin menjadi buah mulut dan cakap-cakap di kalangan orang Umno yang hadir dalam program itu.
Semasa majlis sedang berjalan, ketika ucapan atau ceramah sedang disampaikan oleh Pegawai Khas Agama di Pejabat Menteri Besar Terengganu, Kamalrudin Omar, tiba-tiba masuk ke dalam dewan seorang yang berjubah dan berserban sambil merakam video ceramah itu.
Ketika itu penceramah itu sedang mengutuk PAS. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, dengan ayat yang masih lagi tergantung, ceramah itu dihentikan dengan alasan masa yang diperuntukkan baginya sudah habis kerana ketika itu pengerusi majlis menghulurkan sekeping nota.
Tanpa terlebih dahulu membaca nota itu, beliau dengan tiba-tiba 'break' mengejut tanpa menghabiskan maksud dari ucapan yang berapi-api sebelum itu. Biasanya nota yang dihulurkan itu memberitahu kepada penceramah supaya mennamatkan ucapannya dalam masa 5 minit atau sebagainya. Dan kalaupun diminta untuk segera menghabiskan ucapannya, takkanlah dihentikan dengan tiba-tiba. Buatlah kesimpulan dahulu dari apa yang telah diucapkan itu.
Itulah yang peliknya. Persoalannya, kenapa sampai terjadi begitu? Sedangkan penceramah itu sebelum ini dikenali sebagai orang yang sangat hebat di kalangan orang Umno. Bagaimana beliau boleh jadi seolah-olah 'takut' begitu?
Para hadirin sendiri barangkali kehairanan dengan keadaan itu. Persoalannya lagi, siapakah lelaki berjubah yang masuk ke dewan dan merakam video itu?
Rupa-rupanya penceramah itu sangat kenal dengan orang berjubah itu. Bukannya orang lain, bapa sepupunya sendiri. Cuma berlainan fahaman sahaja. Beliau Umno, sedang bapa sepupunya itu PAS.
Kebetulan pula ada 'kes' lama antara mereka berdua. Kes itu tetap menjadi sejarah dan seolah-olah belum selesai sehingga kini.
Tahukah anda siapa bapa sepupunya itu? Beliau adalah salah seorang pemimpin utama PAS Kawasan Kuala Nerus dan kebetulan pula tinggal di Pulau Duyung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan