Akhbar Sinar Harian semalam (5 Januari 2011) melaporkan, gara-gara bilal yang bersara tidak diganti sejak hampir tiga tahun lalu, Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai terpaksa menggunakan televisyen untuk memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat fardhu.
Pengerusi Masjid Jamek Chukai, Abdul Hamid Johari berkata, sejak seorang bilal masjid berkenaan bersara pada Jun 2008, seorang lagi bilal yang ada terpaksa bekerja 24 jam setiap hari.
Menurutnya, keadaan itu juga memaksa mereka meletakkan mikrofon pada televisyen ketika masuk waktu solat fardhu sekiranya bilal terbabit sakit atau berada di luar kawasan.
Laporan akhbar itu memberi suatu gambaran fenomena yang berlaku di negeri Terengganu sekarang. Masjid-masjid kekurangan imam dan bilal, sebagaimana kenyataan yang pernah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh yang menyebut kira-kira 1,000 kekosongan jawatan imam dan bilal yang masih belum diisi di masjid-masjid mukim seluruh negeri ini.
Menurut beliau, puncanya antara lain disebabkan tidak ramai individu yang berminat dan berkelayakan untuk memikul tanggungjawab itu.
"Ketika sebilangan imam dan bilal yang sedia ada uzur, calon-calon yang dicadangkan oleh jawatankuasa masjid atau kepimpinan di peringkat kampung gagal dalam proses temuduga yang dijalankan.
"Mungkin kerana mereka tidak bersedia semasa temuduga dan tidak begitu berminat tetapi dicalonkan, jadi kegagalan itu menyebabkan mereka tidak lagi mahu melalui proses itu,” katanya.
Benarkah tidak ada calon yang layak di negeri ini untuk mengisi jawatan imam dan bilal? Kalau benar, ia sesuatu yang sangat memalukan bagi sebuah negeri yang bergelar Darul Iman.
Adakah ini suatu petanda awal apabila kerajaan yang memerintah negeri ini mengambil pendekatan bagi mengurangkan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian di bidang agama terutama di Timur Tengah? Sebahagian besar mereka tidak diberi bantuan berbentuk pinjaman, apatah lagi biasiswa.
Alasan yang tersirat dari tindakan kerajaan itu ialah untuk menyekat golongan yang faham agama. Hingga pernah salah seorang exco kerajaan negeri berkata, mereka yang dihantar belajar agama ini nantinya akan balik menentang kerajaan.
Benarkah dakwaan itu? Adakah apa yang mereka belajar di universiti-universiti terkemuka dan diiktiraf oleh dunia Islam itu ilmu yang salah atau sesat? Kalau ilmu mereka itu tidak sesar, yang jelas sesatnya ialah kerajaan yang tidak melaksanakan syariat Allah itu.
Apa yang kita perhatikan sebenarnya di negeri ini tidak kurang calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan imam dan bilal. Masalahnya ialah proses pemilihan dibuat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan bahkan Umno di peringkat Cawangan.
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang menguruskan proses temuduga dan pengambilan pegawai-pegawai berkenaan terpaksa akur dengan calon yang dipilih oleh JKKK dan Umno itu. Kebetulan pula ramai yang layak adalah di kalangan ahli dan penyokong PAS. Tetapi syarat kelayakan utama ialah mesti Umno. Sedangkan tidak ada calon-calon yang layak dari Umno untuk menjalankan tugas sebagai imam dan bilal.
Inilah sebenarnya punca masalah di atas. Selagi politik dijadikan asas dan sandaran bagi pemilihan imam dan bilal ini, maka selagi itulah masalah ini akan berterusan dan tidak akan ada jalan penyelesaiannya.
Kalau perkara sebegini pun Umno tidak mampu menyelesaikannya, maka jelas bahawa Umno tidak layak lagi untuk memerintah negeri ini. Yang pasti PAS mesti ganti Umno.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan