PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

08 April 2011

Hairan kesungguhan pemimpin kerajaan

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang melahirkan perasaan hairan dengan sikap pemimpin parti kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang disiasat melalui Suruhanjaya Diraja.

Menurutnya, ia adalah kali pertama pihaknya melihat kesungguhan kerajaan, sedangkan sebelum ini beberapa isu yang berlaku tidak pula mendapat perhatian atau disyorkan untuk diadakan siasatan menerusi suruhanjaya itu.

Beliau berkata, keadaan itu juga turut menimbulkan satu tanggapan negatif bagi pihaknya yang memperlihatkan pemimpin parti kerajaan mempunyai motif tertentu.

“Kita rasa pelik apabila pihak kerajaan bersungguh-sungguh supaya Suruhanjaya Diraja diwujudkan untuk menyiasat kes video tersebut, sedangkan sebelum ini tidak begitu.

“Jadi, mungkin ada sesuatu atau mempunyai motif politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip Ketua Pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahawa suaminya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Katanya, perkara itu dilihat tidak perlu melalui Siasatan Diraja sambil memberitahu siasatan itu hanyalah untuk kes tertentu ‘yang munasabah’.

Beliau berkata, sepatutnya perhatian perlu diberi kepada mereka yang menyebarkan dan memiliki video tersebut.

“Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab terhadap penyebaran video itu yang perlu dipanggil polis, direman dan sebagainya. Lagipun, individu terbabit sudah mengaku memiliki video asal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: