PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

14 Mei 2011

Tepati janji royalti

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang berharap bayaran wang royalti minyak kepada Kerajaan Negeri dapat diserahkan tepat pada masanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berpuas hati selagi bayaran itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri sebagainya tempoh yang dinyatakan iaitu berjumlah RM938 juta sehingga Jun ini.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya difahamkan, bayaran wang royalti itu akan selesai Mac ini, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila Kerajaan Negeri hanya memperoleh RM670 juta bayaran sehingga Mac, berbanding yang sepatutnya diterima iaitu RM938 juta.

“Kita harap perkara ini jadi kenyataan. Walaupun kita pembangkang tetapi kita perjuangkan hak rakyat dan kita akan teruskan perjuangan jika hak rakyat tidak tertunai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan Sinar Harian pada 11 Mei lalu bahawa Kerajaan Negeri menerima bayaran royalti minyak berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sehingga Mac tahun ini, Kerajaan Negeri sudah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta bagi bayaran pertama, manakala bayaran kedua berjumlah RM150 juta akan diterima minggu ini.

Menurutnya, Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta secara berperingkat sebagaimana dijanjikan dan kekal seperti mana perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.

Zakaria berkata, pihaknya akan lega jika apa yang dikatakan itu ditunaikan sepenuhnya, termasuk wang Kerajaan Negeri yang pernah digunakan Pusat untuk projek lain yang masih belum selesai bayarannya.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: