PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

15 Jun 2011

Siapa bakal membarisi 'kabinet perang' PAS Terengganu?

AHAD lalu, PAS Pusat telah selesai menyusun kabinetnya yang dianggap sebagai satu pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mendapat nakhoda baharu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baharu menggantikan Dato' Haji Harun Taib.

Perlantikan beliau itu dilihat sebagai suatu perubahan yang sangat positif dan mendapat respons yang baik dari banyak pihak khususnya di negeri ini. Rata-rata mereka melihat beliau sebagai pemimpin pelapis yang mampu membawa kemenangan kepada PAS di negeri ini.

Bagaimanapun, walau sehebat mana seseorang itu sebagai pemimpin, dia memerlukan satu pasukan yang akan membantunya memimpin dengan baik untuk membawa obor perjuangan ini.

Persoalannya, siapakan nanti bakal dilantik untuk menyertai pasukan yang dipimpin oleh Haji Wahid di negeri ini? Dalam sehari dua ini sangat banyak perbincangan dibuat terutama di kalangan aktivis PAS di negeri ini dengan membuat pelbagai telahan, termasuk cadangan bagi pasukan dalam 'kabinet perang' itu.

Saya tidak berhajat untuk menyebut cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan itu. Kita tunggu sahaja masanya iaitu pada Sabtu, 18 Jun 2011 ini apabila Mesyuarat Kali I Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu khusus untuk membentuk kabinet barunya.

Tiada ulasan: