PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

18 Jun 2011

Kabinet baru PAS Terengganu



KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) telah selesai membentuk kabinetnya hari ini. Pembentukan itu dibuat dalam Mesyuarat Kali Pertama yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini pagi ini.

Dalam penyusunan itu menampilkan Ustaz Saiful Bahri Mamat, Haji Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Manakala Haji Yahaya Ali dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh kekal sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan. Ustaz Ariffin Deraman juga kekal memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsudin dilantik sebagai Bendahari. Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang dilantik sebagai Penolong Setiausaha.

Pesuruhjaya PAS Negeri yang baru, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya sejurus selepas mesyuarat itu telah mengumumkan senarai anggota BPPNT bagi Sesi 2011-2013.

Senarai penuh anggota BPPNT bagi Sesi 2011 – 2013 adalah sebagaimana berikut:-

Pesuruhjaya: Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 2: Haji Muhyidin Abdul Rashid
Timbalan Pesuruhjaya 3: Dr Haji Alias Razak
Ketua Dewan Ulama’: Dato’ Haji Husain Awang
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Muslimat: Safinah Jusoh
Setiausaha: Haji Yahaya Ali
Penolong Setiausaha 1: Ustaz Kamarudin Yunus
Penolong Setiausaha 2: Haji Hanafiah Mat
Penolong Setiausaha 3: Zakaria Dagang
Bendahari: M. Shukrimun Shamsudin
Ketua Penerangan: Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh
Pengarah Pilihan Raya: Ustaz Ariffin Deraman
Setiausaha Dewan Ulama’: Ustaz Haji Ismail Osman
Setiausaha Dewan Pemuda: Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha Dewan Muslimat: Raja Endun Raja Ab Rahman
Yang Dipertua PAS Besut: Ustaz Haji Wan Azhar Wan Ahmad
Yang Dipertua PAS Setiu: Ustaz Mohd Pauzi Muda
Yang Dipertua PAS Kuala Nerus: M. Shukrimun Shamsudin
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu: Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Yang Dipertua PAS Marang: Haji Yahaya Ali
Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu: Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Yang Dipertua PAS Dungun: Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli
Yang Dipertua PAS Kemaman: Haji Ismail Harun
Setiausaha PAS Besut: Zawawi Mahmud
Setiausaha PAS Setiu: Aminuddin Umat
Setiausaha PAS Kuala Nerus: Zakaria Dagang
Setiausaha PAS Kuala Terengganu: Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Setiausaha PAS Marang: Hassan Jusoh
Setiausaha PAS Hulu Terengganu: Haji Muhyidin Abdul Rashid
Setiausaha PAS Dungun: Norulalzahar Ali
Setiausaha PAS Kemaman: Ustaz Alias Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa:
1) Dato’ Haji Abu Bakar Chik
2) Haji Hussin Ismail
3) Haji Abdul Haris Abd Malik
4) Ustaz Haji Mohd Harun Jusoh
5) Dr Mohd Khazani Abdullah
6) Dr Azman Ibrahim
7) Hajah Zarani Othman
Pemeriksa Kira-Kira1: Mohd Nordin Mahmood
Pemeriksa Kira-Kira2: Mohd Kori Salleh

Tiada ulasan: