PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 September 2011

PAS Seberang Takir beri sumbangan pelajar

Salah seorang pelajar menerima sumbangan dari Zakaria

SEBERANG TAKIR - Seramai enam orang pelajar dari DUN Seberang Takir telah menerima sumbangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang dalam satu majlis sempena Sambutan hari Raya Idul-Fitri DUN Seberang Takir di sini Jumaat lalu.

Empat orang pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke Jordan, seorang ke Mesir dan seorang lagi ke Maghribi. Salah seorang pelajar yang akan ke Jordan serta pelajar ke Mesir dan Maghribi tidak mendapat tajaan dari pihak berkuasa. Sementara tiga pelajar ke Jordan, seorang mendapat tajaan Yayasan Terengganu dan dua lagi mendapat tajaan Maidam.

Tiada ulasan: