PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

22 Julai 2008

BN susahkan rakyat

KUALA TERENGGANU: Sudah sekian lama penduduk di Kampung Seberang Tok Abu, Seberang Takir berdepan dengan kesulitan apabila jambatan yang menghubungkan kampung mereka dengan Kampung Seberang Takir dirobohkan oleh kerajaan bagi membina jambatan baru. Jambatan kayu yang digunakan sejak berzaman-zaman itu kononnya mahu diganti dengan jambatan konkrit yang baru.

Malangnya setelah jambatan kayu yang masih kukuh hasil gotong-royong orang kampung itu dirobohkan, jambatan konkrit yang dijanjikan itu hanya tinggal sebagai impian sahaja. Perkara ini berlarutan sejak hampir setahun yang lalu. Alasan yang diberi oleh pihak wakil rakyat, kontraktor tidak ada.

Bayangkanlah jarak antara kampung mereka dengan kampung seberang tidak sampai pun 100 meter, tetapi dengan ketiadaan jambatan, mereka terpaksa melaluinya dengan jarak 1.5 kilometer. Bagi mereka yang ada kenderaan seperti motosikal mungkin tidaklah jadi masalah sangat, walaupun terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal dengan kenaikan harga bahan api sekarang.

Kayu jambatan yang dirobohkan itu khabarnya diambil untuk dibina rang di kawasan Hujung Tanjung Seberang Takir, tanpa meminta persetujuan dari orang kampung yang bersusah payah sebelum ini memberi sumbangan sedikit sebanyak, kerana pembinaan jambatan itu dahulu dibuat tanpa peruntukan dari wang kerajaan.

Dengar khabar pula, oleh kerana terlalu lama bahan-bahan seperti besi yang akan digunakan untuk pembinaan jambatan baru itu disimpan di tempat itu, kini telah habis dicuri orang. Yang tinggal hanya tiang sahaja, itupun mungkin tidak larat diangkat oleh pencuri.

Inilah sikap kerajaan yang memerintah sekarang. Mereka sanggup membiarkan rakyat mereka menghadapi kesulitan dan kesusahan. Rata-rata yang tinggal di kawasan itu adalah golongan miskin dan berpendapatan rendah. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri bermewah-mewah dengan kereta baru Mercedes E200 Kompressor dengan harga RM245 ribu sebuah sebanyak 14 buah bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang melibatkan kos RM3.43 juta.

Rakyat miskin di kampung-kampung disaran supaya berjimat-cermat, sedangkan tiada benda yang hendak mereka jimatkan kerana makan pun tidak cukup. Sepatutnya yang berjimat ialah menteri-menteri dan pembesar-pembesar yang bergaji puluhan ribu sebulan.

Inilah sebenarnya BN, walaupun mereka pernah melaungkan slogan "BN Menang Rakyat Senang", tetapi apa yang berlaku dalam kes di Kampung Tok Abu itu adalah sebaliknya. Sepatutnya slogan itu berbunyi "PAS/PR Kalah Rakyat Susah".

Tiada ulasan: