IKAN oh ikan! Barangkali itulah keluhan para nelayan kita khususnya di negeri Terengganu sejak kebelakangan ini. Lautan yang sebegitu luas dari sepanjang pesisir pantai di negeri ini seolah-olah sudah tidak ada ikan lagi. Yang banyaknya ialah ubur-ubur (atau ampai-ampai dalam istilah orang Terengganu).
Inilah gambaran suasana yang sedang berlaku di Terengganu sekarang. Dan inilah nasib yang menimpa para nelayan kita yang sebahagian mereka terpaksa berpanas seharian di tengah samudera luas di Laut China Selatan, manakala sebahagian lagi sepanjang seminggu, bahkan sampai melangkau dua minggu dialun badai di laut dalam.
Ke manakah pergi ikan-ikan yang sememangnya mendiami laut selama ini? Apakah ia telah berhijrah ke tempat lain? Atau ia sudah tidak sudi lagi untuk menjadi rezeki para nelayan di sini? Inilah persoalan yang sedang bermain di benak para nelayan tempatan sekarang ini.
Sudahlah kos yang terpaksa mereka tanggung untuk sekali turun ke laut meningkat berganda-ganda ekoran kenaikan harga bahan api. Walaupun mereka memperoleh subsidi petrol atau deisel, tetapi masih belum cukup untuk menampung keperluan sebenar mereka.
Mengikut perkiraan musim, biasanya apabila bulan gelap, ikan akan banyak diperolehi. Tetapi suasana biasa itu tidak lagi berlaku sekarang. Bulan cerah, bulan gelap sama sahaja, ikan tetap tidak ada.
Apabila hasil tangkapan kurang, maka sudah tentu harga ikan di pasaran melambung naik. Para nelayan sudah tersepit dengan pendapatan yang semakin kurang, manakala para pengguna pula terpaksa membayar harga yang tinggi untuk dapat merasa makan ikan, walaupun sekadar ikan selayang yang selama ini boleh dibeli dengan harga hanya sekitar RM5, tetapi hari ini sampai RM7 atau lebih sekilogram.
Inilah nasib rakyat marhein yang semakin tertekan hidup mereka. Kepada siapa lagi mereka ingin mengadu? Pihak pemerintah seolah-olah tidak memandang sebelah matapun kepada mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan