PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

25 Julai 2008

Sepetang Bersama Haji Mohamad Sabu

Haji Mohamad Sabu sedang berucap

Tetamu sedang menjamu selera

Antara tetamu yang hadir

JK Penganjur bergambar kenangan

KUALA NERUS: Majlis Tindakan Muslimat PAS Dun Seberang Takir telah berjaya menganjurkan Majlis Hi-Tea Sepetang Bersama Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS. Majlis yang diadakan di sebuah restoran di Wakaf Baharu, Gong Badak itu telah dihadiri kira-kira 200 orang tetamu.

Haji Mohamad Sabu dalam ucapan ringkasnya di majlis tersebut antara lain menyebut bahawa orang bukan Islam sudah tidak takut untuk mengundi PAS dalam pilihan raya umum lalu. Sebaliknya pula masih terdapat ramai lagi orang Islam di Terengganu khususnya yang takut berbuat demikian.

"Orang Hindu sudah tidak takut dengan negara Islam. Malah sudah ada dari kalangan mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadat, terutama bila mereka tertindas dan parti Islam datang membela mereka," tegas beliau.

Tambah beliau lagi, DAP dan MCA boleh senada dan sekata dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan bangsa mereka. Maka apa salahnya kita boleh senada dalam isu-isu yang berkait dengan Islam dan orang Melayu.

"Kita boleh berbeza dalam hal-hal cabang, tetapi kita mesti tegas dalam perkara-perkara asas," kata beliau ketika menyentuh isu muzakarah/muqabalah yang hangat sekarang ini.

Tegas beliau, kerja kita adalah kerja dakwah, termasuk kepada bukan Islam untuk mengajak mereka kepada Islam.

Turut hadir dan berucap dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah; Pengarah Majlis Tindakan Dun Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang dan Ketua Muslimat PAS Dun Seberang Takir yang juga pengarah program, Hajah Shamsiah Zakaria.

Sebanyak 25 cabutan bertuah berupa hadiah dan hamper telah disediakan oleh penganjur kepada tetamu yang hadir.

Tiada ulasan: