SEORANG ayah, apatah lagi apabila sampai usia yang sudah lanjut mempunyai perasaan yang sangat sensitif. Ia mudah terasa dan terkesan dengan sesuatu, terutama perkara yang berkait dengan keluarganya.
Sebagai anak sudah tentu kita mesti menjaga hati orang tua kita, jangan sampai dia berkecil hati disebabkan tindakan kita, walaupun kadang-kadang mungkin kita rasakan tindakan kita itu tidak salah pada perkiraan dan pandangan kita.
Bagi seseorang ayah dan ibu, mereka sangat berbangga dengan anak-anak mereka. Anak yang dikandung ibu selama sembilan bulan dengan segala susah payahnya, kemudian bertarung dengan maut ketika melahirkannya sudah tentu diharap akan menjadi permata dalam keluarga mereka. Harapan yang besar itu disandarkan kepada anak untuk menjadi pembela keluarga dan penerus perjuangan orang tuanya.
Sebagai orang tua, ayah dan ibu ingin melihat kejayaan anak-anak mereka, berjaya dalam erti kata yang sebenarnya; bukan sekadar kejayaan di dunia, tetapi yang lebih penting dan utama ialah kejayaan di akhirat yang kekal abadi. Mereka sangat berbesar hati melihat anak-anak mereka menjadi orang yang berguna kepada agama dan masyarakat. Kalau boleh mereka mahu mengisytiharkan kepada dunia bahawa inilah anak aku!
Alangkah beruntungnya ayah dan ibu yang memiliki anak sepert itu. Dan alangkah besarnya anugerah seorang anak kepada ayah dan ibunya apabila dia dibanggai oleh kedua orang tuanya.
Maka menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk melengkapkan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi anak kebanggaan kedua orang tuanya. Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan kepada mereka:

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرَا
(Wahai Tuhanku, kasihanilah keduanya sebagaimana mereka memeliharaku semasa kecil)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan