JAWATANKUASA Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau singkatannya JKKK adalah sebuah institusi kerajaan di peringkat kampung yang berperanan menjadi penghubung antara rakyat dengan kerajaan di sesebuah negeri. Perlantikan JKKK adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. JKKK ini diketuai oleh seorang Pengerusi yang sekaligus bertindak sebagai Ketua Kampung.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, soal perlantikan JKKK menjadi suatu persoalan dan isu di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti yang bukan pemerintah di peringkat Pusat atau Persekutuan. Peristiwa ini bermula di Kelantan pada tahun 1990 apabila PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan. Di sana ada Penghulu (istilah yang digunakan di Kelantan yang sama dengan Ketua Kampung) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan ada pula Pegawai Pembangunan Mukim (PPM) yang setaraf dengannya yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.
Begitu juga apa yang pernah dialami di negeri Terengganu setelah PAS bersama Barisan Alternatif (BA) memerintah negeri itu. Kerajaan Negeri telah membentuk Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) menggantikan JKKK bagi mentadbir sesebuah kampung. Manakala Kerajaan Pusat bertindak membelakangkan undangan-undang dan peraturan dengan melantik pula JKKK dan Ketua Kampung sendiri.
Hari ini setelah empat negeri lagi (selain Kelantan) yang berjaya dikuasai oleh parti-parti Pakatan Rakyat (PR), tindakan serupa telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Mereka turut melantik JKKK di setiap kampung yang telah sedia terbentuk JKKK di bawah Kerajaan PR dengan menamakannya sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) supaya berbeza sedikit dengan JKKK di bawah Kerajaan Negeri.
Di Perak misalnya, Kerajaan PR telah membuat pendekatan dengan memperkenalkan kaedah perlantikan JKKK secara demokratik iaitu melalui pengundian di setiap kampung atau boleh disebut sebagai 'pilihan raya kampung'. Tetapi BN tanpa rasa segan silu, dengan muka yang tidak pernah dan tidak akan pernah merasa malu telah bertindak sewenang-wenangnya melantik pula JKKKP di kampung-kampung berkenaan melalui bidang kuasa (?) Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Maka terbentuklah dalam setiap kampung di negeri-negeri tersebut dua 'kerajaan' yang memerintah atau mentadbir. Sudah tentu berlaku perpecahan yang tidak akan dapat dielakkan lagi. Siapa yang melakukan perpecahan? Selama ini Umno/BN sentiasa menuding jari menuduh PAS atau parti-parti pembangkang yang menjuarai perpecahan dalam masyarakat. Tetapi dengan tindakan BN ini jelas membuktikan siapa yang memulakan perpecahan dan rakyat boleh menyaksikannya.
Bila menyebut soal JKKK ini, satu perkembangan berlaku khususnya di negeri Terengganu yang dikuasai oleh BN sekarang ini. Pada mulanya disangka berlaku secara terpilih, maksudnya di kampung-kampung tertentu sahaja. Tetapi apabila ia menjadi buah mulut yang diperkatakan di mana-mana, maka seolah-olah menjadi suatu 'standard' baru dalam pengurusan JKKK di semua kampung di negeri ini.
Isunya ialah sikap diskriminasi mereka terhadap rakyat yang bukan dari penyokong parti mereka. Kalau selama ini memang selalu diperkatakan bahawa bantuan-bantuan dari kerajaan dinafikan kepada penyokong-penyokong PAS atau pembangkang di negeri ini. Walaupun ada juga yang diberi, tetapi bilangannya mungkin terlalu sedikit. Itupun mungkin ada muslihat tertentu.
Sebenarnya penyokong-penyokong PAS terutamanya selama ini tidak mengharapkan bantuan dari mereka walaupun ada hak mereka di situ atas sebab kemiskinan dan sebagainya yang perlu dibantu dan menjadi kewajipan kerajaan yang memerintah membantu rakyatnya yang memerlukannya. Bagi rakyat ini, selama inipun mereka mampu hidup sekadar yang ada tanpa bantuan dari kerajaan.
Apa yang hairannya, Kerajaan Negeri terutama Menteri Besar sejak dari awal lagi sentiasa menyebut dengan 'penuh-penuh mulut' bahawa kerajaan tidak akan melakukan pilih kasih atau diskriminasi kepada rakyat. Bantuan dalam apa bentuk sekalipun akan diberi tanpa mengira latar belakang sokongan rakyat. Rupanya perkara itu tidak diamalkan di peringkat bawah. Apakah kata-kata pemimpin mereka itu sekadar untuk 'sedap mulut' dan 'buat lawa' sahaja bagi membukti kepada dunia bahawa mereka berlaku adil kepada rakyat mereka?
Isu terbaru yang ada di hadapan kita yang dialami oleh rakyat Terengganu dari kalangan penyokong-penyokong PAS dan pembangkang ialah keengganan JKKK menandatangani borang-borang yang perlu kepada pengesahan oleh mereka. Perkara ini berlaku semacam ada suatu arahan sulit supaya JKKK bertindak demikian bagi mengajar orang-orang yang tidak menyokong mereka.
Maka timbullah kesukaran bagi rakyat yang perlu mendapat tandatangan berkenaan, kerana di situ hanya JKKK sahaja yang boleh berbuat demikian. Timbul cerita mereka terpaksa ke sana ke mari untuk ke rumah Pengerusi atau Timbalan Pengerusi JKKK di beberapa kampung yang berdekatan. Ada yang memberi alasan tidak sihat. Ada pula yang sudah tidur. Tidak kurang pula beralasan sibuk dan sebagainya.
Rakyat berkenaan bukan hendak sangat berjumpa dengan JKKK itu, tetapi mereka tiada pilihan. Kalau perkara itu seperti tandatangan boleh dibuat sendiri, mereka tidak sudipun hendak pergi ke rumah JKKK, buat malu dan membuang masa sahaja.
Inilah rupanya sikap sebenar JKKK yang mereka jelmakan sekarang. Kalau beginilah rupanya, sesungguhnya mereka tidak layak menjadi kerajaan. Soal-soal keperluan rakyat tadi menjadi kewajipan kepada mereka untuk menunaikannya. Kalau mereka sudah tidak dapat melaksanakannya, maka elok turun sahaja dan serahkan kepada orang lain pula memerintah.
Kita harap Kerajaan Negeri, terutama Menteri Besarnya yang 'cakap sedap' itu tolong-tolonglah tengok anak-anak buah mereka di kampung ini. Jangan menyusahkan orang kampung yang terpaksa berurusan dengan mereka. Tak tahulah kalau ini sebenarnya yang dikehendaki oleh Menteri Besar secara 'maknawi'nya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan