PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

24 Julai 2008

Rakyat miskin terus terhimpit




KUALA TERENGGANU: Projek Membina dan Menyiapkan Benteng Kiri Sungai Takir di Kampung Seberang Takir telah membawa penderitaan kepada penduduk yang tinggal di tepi sungai tersebut yang lebih dikenali sebagai Lembah Harapan.

Projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu itu dikendalikan oleh kotraktor Tunas Wangsa Sdn Bhd. Memang tujuannya sangat baik bagi mengatasi masalah hakisan sungai dan ia merupakan lanjutan dari projek terdahulu bagi Bengteng Kanan yang telah disiap sejak beberapa tahun lalu.

Malangnya tujuan dan hasrat murni itu telah menjadi bala kepada penduduk yang tinggal di tebing sungai tersebut. Tidak kurang 10 buah rumah mengalami kerosakan akibat projek tersebut.

Walaupun penduduk berkenaan tinggal di atas tanah rezab JPS, tetapi sepatutnya ada pertimbangan dan perikemanusiaan terhadap nasib yang menimpa mereka. Mereka diperlakukan seolah-olah bukan rakyat negara ini. Tidak keterlaluan kalau disebut, macam apa yang dilakukan oleh negara haram Israel terhadap rakyat Palestin.

Rata-rata penduduk yang tinggal di situ adalah terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Mereka sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak kerajaan yang dikatakan cakna terhadap rakyat. Kerajaan negeri khususnya telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk membantu golongan miskin bagi membaiki atap rumah misalnya. Tetapi dalam masa yang sama, penduduk di Lembah Harapan ini ditinggalkan dengan himpitan masalah yang semakin menekan.

Keadaan di kawasan rumah mereka sangat berbahaya terutama kepada kanak-kanak. Sudah terjadi sebelum ini ada kanak-kanak yang mati lemas di sungai tersebut akibat dari projek yang dijalankan di situ.

Bantahan yang dibuat oleh penduduk langsung tidak diendahkan. Kepada siapa lagi mereka meletakkan harapan. Selama inipun mereka terus berharap, tetapi mungkin harapan tinggal harapan, hidup mereka terus terhimpit.

Tiada ulasan: