PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

20 Ogos 2008

Jadi anak kebanggaan

SEBERANG TAKIR: Anak-anak mestilah menjadi kebanggaan kepada ibu bapa dan keluarga mereka. Mereka perlu ada persiapan untuk menjadi anak-anak yang cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik, bahkan lebih utamanya cemerlang akhlak dan keperibadian Islam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Batin, Zakaria Dagang berkata, anak-anak mestilah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui kuliah-kuliah dan program-program yang dianjurkan.

"Sentiasalah mendekatkan diri dengan masjid atau surau untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang sentiasa dicurahkan oleh para ulama', selain dari berusaha untuk kekal dengan sembahyang berjemaah," tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan para ibu bapa agar mengambil tanggungjawab yang uta
ma dalam pembentukan peribadi anak-anak supaya anak-anak itu nantinya akan menjadi kebanggaan mereka.

Anak-anak pula tambah beliau, mestilah berteka
d dan berazam untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah melahir dan membesarkan mereka.

Zakaria berkata demikian semasa berucap merasmikan program Kem Kepimpinan Remaja Islam 2008 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kampung Batin dekat sini hari ini.

Program selama tiga hari dua malam itu disertai oleh kira-kira 50 orang remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun di sekitar kawasan ini. Ia dipenuhi dengan ceramah-ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK), selain demonstrasi yang akan dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Pengarah program, Mohd Hilmi Abdullah, yang turut berucap dalam majlis itu mengharapkan agar program yang dianjurkan ini mampu membentuk peribadi para remaja muslim dengan keperibadian yang unggul.


Sebahagian peserta yang hadir

Tiada ulasan: