PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Ogos 2008

Kahwin lagi...



KAMPUNG Teluk Ketapang mencipta sejarah. Kalau semalam, berlangsungnya majlis perkahwinan pasangan muda, malam ini berlangsung pula majlis aqad nikah pasangan yang sudah agak berumur. Yang istimewanya mereka adalah pasangan anak teruna dan anak dara.

Pasangan yang diijabkabulkan pada malam ini ialah Zaharuddin Ghazali, 29 tahun dengan Zainun Che Musa, 51 tahun. Aqad nikah telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Che Musa Haji Abu Bakar dan berwalikan abang sebapanya.

Mas kahwin yang diaqadkan ialah sebanyak RM80 dan pengantin lelaki sempurna melafazkan kabul dengan sekali lafaz sahaja.

Seramai lebih kurang 100 orang tetamu meraikan majlis tersebut.

P/S: Apakah mungkin ada lagi 'kejutan' di Teluk Ketapang selepas ini?

Tiada ulasan: