PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

06 Ogos 2008

Mesyuarat Agung Umno Nasi Dingin pun panas

SEKARANG musim Mesyuarat Agung Umno di seluruh negara yang bermula dengan peringkat Cawangan dan akan berakhir dengan peringkat Pusat pada Disember nanti. Tahun ini kebetulan pula ada pemilihan jawatankuasa di semua peringkat.


Sekarang semua pihak jadi sibuk. Bukan sahaja ahli-ahli Umno sibuk berkempen bagi memastikan calon pilihan mereka akan menang dalam pertandingan merebut jawatan di peringkat masing-masing, tetapi pihak polis juga terpaksa campur tangan dalam menangani kekecohan dan pergaduhan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat. Tidak cukup dengan itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga terpaksa menambah kerja mereka, bila bertalu-talu menerima aduan dari ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati dalam proses pemilihan yang berlaku.

Di sana sini kedengaran berlaku kekecohan dalam mesyuarat agung Umno. Hampir setiap negeri dilaporkan oleh media berlaku laporan polis dan laporan BPR berkait dengan pergaduhan atau rasuah dalam mesyuarat berkenaan. Misalnya di satu Cawangan Umno di Perak, ada yang kena pukul dengan kayu golf (inilah lambang kemewahan ahli Umno). Itu baru di peringkat Cawangan, bagaimana pula nanti di peringkat yang lebih atas. Hinggakan satu cawangan Umno di Kampung Nasi Dingin di Bahagian Hulu Terengganu pun turut panas kerana mungkin berlaku penyelewengan dalam mesyuarat tersebut.

Inilah budaya dalam Umno, dari dulu, kini dan mungkin akan selamanya selagi dasar yang mereka pegang tidak diasaskan kepada Islam yang sudah pasti menjanjikan keamanan dan keselamatan. Kenapa mereka begitu ghairah untuk berebut jawatan? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana di hadapan mereka nanti sudah tersedia hidangan besar yang menjanjikan kemewahan hidup mereka. Mereka sanggup melabur hingga sampai jutaan ringgit, kerana mereka yakin pulangan yang akan mereka perolehi nanti berlipat kali ganda lagi.

Suasana ini berlaku dalam keadaan Umno sedang dilanda sakit yang masih belum sembuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sepatutnya mereka bersatu untuk memulihkan Umno yang dilihat dalam keadaan nazak itu. Tetapi rupanya mereka mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk terus berebut bagi mendapat tempat di persada yang menjanjikan seribu satu kemewahan itu.

Kita berharap ahli-ahli Umno yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara akan berfikir dengan semasak-masaknya untuk keluar dari Umno. Kalau sampai tahap ini mereka tidak mampu lagi berfikir secara waras, bererti keikhlasan mereka itu kita boleh pertikaikan. Sudah cukup kamu berada dalam Umno yang sudah jelas kepincangan dan kerosakannya. Kembalilah kepada perjuangan yang berteraskan syariat Allah SWT.

Tiada ulasan: