RIBUAN maaf saya pohonkan kepada rakan-rakan yang setia menjenguk blog saya ini kerana sudah agak lama tidak diupdate. Sudah lebih seminggu blog ini tidak dikemaskini dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku khususnya di sekitar kehidupan saya ini.
Sebenarnya sejak pulang dari Muktamar Tahunan PAS Ke-54 di Ipoh, saya bertugas pula di Permatang Pauh membantu rakan-rakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen P.44 Permatang Pauh.
Bagaimanapun, bukan itu sangat alasannya. Sebenarnya laptop saya buat hal lagi. Maklumlah barang yang telah agak berusia, apatah lagi diguna dengan lasak pula. Ia masih lagi berada di kedai untuk dibaiki. Entahlah dapat dibaiki ataupun tidak.
Hari ini kebetulan saya berkunjung ke Nilai, Negeri Sembilan untuk ziarah anak kelima yang sedang belajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sempatlah juga guna laptop beliau untuk 'menggerakkan' blog ini.
Dalam ziarah saya bersama keluarga kali ini (isteri dan empat anak perempuan), saya berkesempatan ke Hospital Melaka untuk menziarahi anak seorang Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Teluk Ketapang (kampung saya) yang terlibat dengan kemalangan jalan raya Rabu lalu dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaannya agak kritikal juga. Rasa berbesar hati juga bila saya berpeluang untuk menziarhinya atas sifat sebagai Ketua Cawangan dan isteri saya sebagai Ketua Muslimat Cawangan. Kita doakan mudah-mudahan beliau akan segera sembuh dan dapat meneruskan pengajiannya di sebuah kolej di negeri Melaka.
Peluang ziarah kali ini juga saya dapat berkunjung dan bermalam di rumah seorang lagi sepupu saya sebelah ibu yang berada di sekitar Lembah Klang ini, iaitu di Kampung Teras Jernang dalam DUN Bangi. Moga-moga ikatan ukhuwwah kami akan lebih kukuh menerusi kunjungan ini.
Sekadar itulah dahulu celoteh saya untuk memenuhi ruang yang kosong sejak sekian lama ini. Teruskan perjuangan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan