PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

22 Ogos 2008

Tugas kita menjaga bumi

SEBERANG TAKIR: Kita dijadikan oleh Allah dengan ada tujuan, sebab itulah Allah sediakan syurga dan neraka. Kita mempunyai tugas di atas muka bumi ini, iaitu antara lainnya ialah Allah menyuruh kita menjaga bumi atau mengimarahkannya.

Bumi ini ditugaskan kepada kita. Oleh itu, bagi menyempurnakan tugas itu, kita mesti mempunyai program.

Demikian ditegaskan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M. Shukrimun Shamsudin.

Tambah beliau, Allah tidak membiarkan kita begitu sahaja dalam melaksanakan tugas kita; diberi-Nya panduan lengkap kepada kita, iaitu al-Quran.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Kem Kepimpinan Remaja Islam 2008 di Masjid Kampung Batin dekat sini semalam.

Kem yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kampung Batin itu diadakan selama tiga hari dua malam, dihadiri kira-kira 50 orang peserta dari sekitar kawasan ini, dan berakhir petang semalam.

Shukrimun juga mengingatkan para peserta agar menerapkan apa yang diperolehi sepanjang mengikuti kem ini bersama keluarga dan rakan-rakan, di rumah atau di sekolah atau di mana-mana sahaja.

"Orang yang tidak pernah cemburu kepada kita ialah ibu bapa dan guru, kerana mereka ingin melihat kejayaan kita.

"Kita mesti berbakti kepada ibu bapa dan menghormati guru serta membalas jasa mereka dengan menjadi anak yang soleh," kata beliau.

Mahu tidak mahu, tambah beliau, orang tua akan meninggalkan kita dan kitalah yang akan mengambil tanggungjawab selepas mereka.

"Untuk menjadi orang yang bertanggungjawab, kita mestilah mempunyai tanggungjawab. Kamu akan menjadi pemimpin masa hadapan," tegas beliau.

Dalam majlis itu juga turut disampaikan hadiah-hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya dan peserta terbaik, selain cenderahati kepada semua peserta.


Shukrimun menyampaikan hadiah peserta terbaik


Zakaria menyampaikan cnderahati kepada Shukrimun


Urusetia sedang menjamu selera


Antara para ibu yang turut hadir

1 ulasan:

Chris berkata...

Very nice blog. I like the clock and calendar on the right.