MALAM 1 Ramadhan lalu, semasa saya dalam perjalanan pulang dari Nilai, Negeri Sembilan, saya melalui Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu.
Pandangan saya tertumpu kepada lautan manusia yang 'mengerumuni' Mydin Mall dengan kenderaan yang melimpah sampai ke tepi jalan raya, walaupun tempat parkir yang disediakan di pasaraya itu sudah cukup banyak.
Dalam hati saya berdetik, betapa hebatnya orang Terengganu, kuasa beli mereka cukup tinggi. Dalam keadaan harga bahan api dan barang keperluan lain melambung naik, mereka masih mampu berbelanja dengan begitu rupa. Tetapi mungkin malam itu mereka membeli-belah untuk keperluan sebulan Ramadhan ini, atau mungkin ada yang telah berbelanja awal untuk hari raya yang bakal menjelang.
Kalau hendak dicongak jumlah manusia yang sedang berada di Mydin Mall ketika itu, barangkali satu masjid pun tidak muat. Saya boleh bayangkan bagaimana mereka bersesak-sesak di dalamnya untuk memilih barangan atau beratur panjang untuk membuat bayaran.
Dalam masa yang sama, sebahagian umat Islam sedang berada di masjid atau surau bagi menunaikan solat tarawih yang datang setahun sekali. Mereka merebut peluang yang disajikan dengan penuh keistimewaan oleh Allah sepanjang bulan yang diberkati ini.
Alangkah eloknya kalau seramai manusia yang beragama Islam yang berada di Mydin Mall ketika itu melaksanakan ibadat di masjid atau surau di bulan mulia ini. Sepatutnya mereka tidak mengambil kesempatan untuk membeli-belah ketika waktu yang istimewa ini. Carilah waktu lain yang lebih sesuai supaya kita tidak rugi untuk mendapat habuan pahala dari Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan