PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

12 Ogos 2008

Tanggungjawab pentadbiran penting


KUALA TERENGGANU: Jawatan Setiausaha adalah sangat penting sebagai missioniari; walau hebat macam manapun pemimpin dan baik macam manapun sesuatu keputusan, tetapi jika pentadbiran lemah, ia akan memberi kesan kepada organisasi seluruhnya.

Demikian ditegaskan oleh Haji Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Dengan Pegawai Khidmat (Setiausaha Kerja) Dun seluruh negeri Terengganu di sini kelmarin.

"Parti bukan hak milik peribadi, tetapi adalah hak orang ramai.

"Parti mestilah diperkasakan semula dengan memperkemaskan jentera pentadbiran," tambah beliau.

Beliau meminta supaya petugas sepenuh masa mesti apa tanggungjawab mereka.

Beliau turut mengharapkan agar melalui perjumpaan secara langsung ini akan dapat mengesan masalah yang berlaku di bawah dalam melaksanakan kerja yang terlalu banyak.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada Setiausaha PAS Kawasan, Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Pegawai Khidmat (Setiausaha Kerja) Dun. Turut hadir ialah Pegawai Tadbir dan Kewangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Kamarudin Yunus; Pegawai Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Ustaz Ariffin Deraman dan Pegawai Tugas-Tugas Khas BPPNT, Ustaz Zakaria Dagang.

Tiada ulasan: