PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 September 2008

BALKIS hulur bantuan pelajaran


SEBERANG TAKIR: Badan Amal dan Kebajikan Islam Seberang Takir (BALKIS) terus berperanan dalam membantu ahli-ahlinya.

Program terbaru yang dilaksanakan ialah bantuan kepada anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi BALKIS, Zakaria Dagang yang menziarahi pelajar-pelajar berkenaan.

Menurut Zakaria, walaupun sumbangan yang diberikan itu nilainya tidak seberapa berbanding keperluan sebenar seseorang pelajar itu, tetapi ia sebagai suatu tanda prihatin dan cakna kita kepada anak-anak ahli yang berjaya.

“Kita harap pelajar-pelajar berkenaan akan berjaya dalam pengajian mereka dan nantinya akan dapat berperanan dalam masyarakat dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.

Beliau juga mengharapkan agar golongan yang berada dapat turut bersama membantu untuk mengisi Dana Pendidikan yang dibentuk di peringkat DUN ini.

Dengan terkumpulnya dana yang besar, kata beliau, akan lebih meluas dan lebih besar lagi bantuan dapat disalurkan kepada para pelajar kita khususnya di kawasan ini.

Tiada ulasan: