Program tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sekaligus menyampaikan ucaptama bertajuk Kegemilangan Tarbiyah PAS - Realiti dan Harapan.
Turut menyampaikan kertas kerja ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan tajuk Pemerkasaan Wasilah Tarbiyah Harakiyyah.
Majlis diakhiri dengan Muzakarah Tarbiyah dengan ahli panelnya terdiri daripada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Haji Harun Taib (Ketua Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Negeri Terengganu) dan Dato' Haji Abu Bakar Chik (Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat).
Hampir 500 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin PAS di negeri ini sehingga ke peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) telah hadir ke program tersebut.
Rata-rata para peserta berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan PAS terutama dari Presiden sendiri mengenai isu-isu terkini yang berlegar dalam negara kita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan