PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

03 September 2008

Hebat Polis Malaysia


Anggota Geng Mamak yang ditembak polis

AKHBAR hari ini melaporkan enam penjenayah ditembak mati oleh polis; empat di Selangor dan dua di Kedah.

Empat lelaki ahli Geng Mamak, sebuah kumpulan yang aktif melakukan samun bersenjata, ditembak mati sebelum sempat merompak sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam pukul 10.10 pagi semalam.

Dalam satu lagi kejadian, dua lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat kes bunuh, culik dan rompakan di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan ditembak mati di Changlun, Kedah pukul 10 pagi semalam.

Syabas kita ucapkan kepada pasukan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang berjaya menumpaskan penjenayah-penjenayah yang dikehendaki yang selama ini bermaharajalela di negara ini. Kecekapan pihak polis terbukti daripada dua peristiwa yang berlaku itu.

Sebelum inipun kita sedia maklum bahawa PDRM adalah antara pasukan polis yang cekap khususnya di rantau ini. Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah terutama pembunuhan. Biasanya dalam masa yang singkat banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pembunuhan dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, satu perkara yang masih menjadi tanda tanya kepada kita ialah berkait kes-kes kehilangan kanak-kanak yang dilaporkan sebelum ini yang semakin meningkat, tetapi hanya beberapa kes sahaja yang berjaya diselesaikan.

Misalnya, antara yang popular ialah kes Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari lalu. Sehingga kini sudah hampir lapan bulan berlalu, keluarganya masih menanti dengan penuh sabar. Berita dan khabar angin mengenainya mungkin sudah tidak kedengaran lagi. Sehingga akhirnya, keluarganya membawa diri pulang ke kampung asalnya di Dungun, Terengganu.

Dalam pada itu, kes-kes jenayah semakin bertambah dari hari ke hari, seolah-olah tidak pernah ada jalan penyelesaiannya. Kes-kes kecurian misalnya berlaku saban hari dan saban malam di kampung-kampung. Sehingga mangsa kecurian sudah bosan untuk membuat laporan kepada polis kerana ianya seperti tidak ada tindakan langsung untuk memberkas pencuri berkenaan.

Dalam hal sebegini, di mana pula kecekapan pihak polis? Atau mereka juga sudah bosan untuk memburu pencuri yang semakin berlambak-lambak itu? Atau adakah undang-undang yang dikuatkuasakan itu sudah berkesan lagi?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis tembak orang di Batu Buruk pun sebab hebat juga kan? ;)