PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

04 September 2008

PAS Kuala Nerus bentuk JK Bertindak


Dato' Abu Bakar Chik, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Dr Alias Razak
KUALA NERUS: PAS Kawasan Kuala Nerus telah membentuk sebuah Jawatankusa Bertindak Mengkaji Draf Rancangan Kawasan Khas (DRKK) Tepuh - Batu Enam 2015 yang telah dikemukakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

Jawatankuasa tersebut telah dibentuk dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Kawasan yang diadakan di sini semalam yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Dato' Abu Bakar Chik dan Ustaz Abu Bakar Abdullah dilantik sebagai Penasihat kepada jawatankuasa tersebut. Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Tunggal, Dr Alias Razak telah dilantik sebagai Pengerusi, Harun Salleh sebagai Timbalan Pengerusi 1, Abdul Majid Abdul Kadir sebagai Timbalan Pengerusi 2 dan Zakaria Dagang sebagai Setiausaha.

Anggota lain yang dilantik ialah M. Shukrimun Shamsudin (Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus), Ustaz Awang Embong (Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Terengganu), Haji Mustafa Ismail (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Nerus), Ustaz Mohd Zahid Mat Zain (Ma'ahad Tahfiz wal-Tarbiyah Darul Iman), Mohamad Fauzi Abu Samah (Mampat), Haji Mohamad Sulaiman (Masjid at-Taqwa Batu Enam), Saik Abdullah Tuan Tengah (Kg Tuan Mandak), Fathi Aziz Abu Bakar (Peguam) dan Mohd Faizal Yusof (Peguam).

Jawatankuasa tersebut akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 8 September ini bagi mengkaji secara menyeluruh draf tersebut dengan mengambilkira kepentingan rakyat dan survival orang Melayu/Islam di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: