PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

22 September 2008

Kempen Derma Darah

SEBERANG TAKIR: Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu telah mengadakan program kempen derma darah di Masjid Kampung Batin dekat sini malam tadi untuk kali keduanya selepas berjaya diadakan kali pertama pada tahun lalu.

Program yang bermula selepas solat tarawih itu telah disertai oleh kira-kira 20 orang para jamaah di qaryah ini. Penyertaan yang agak kurang pada kali ini berpunca daripada suasana hujat yang agak lebat juga dari sejak waktu berbuka sehingga berlarutan kepada lewat malam.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kg Batin, Pauzai Husain, program tersebut adalah acara tahunan sejak tahun lalu yang dianjurkan oleh pihak HSNZ dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid.

"Ia bertujuan untuk membantu pihak Tabung Darah dalam memenuhi keperluan darah yang meningkat di musim perayaan, terutama yang melibatkan kemalangan jalan raya," ujar beliau ketika turut bersama mengendalikan program tersebut.

Pauzai mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang sanggup datang walaupun dalam keadaan hujan dan berharap semoga sumbangan yang diberikan ini akan merupakan amalan yang digandakan Allah pada bulan mulia ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Tabung Darah HSNZ yang sudi bertandang ke masjid di kampung ini bagi program tersebut.




Tiada ulasan: