MAJLIS Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 'Idul-Fitri pada hari Jumaat 3 Syawwal 1429 bersamaan 3 Oktober 2008, bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyyah, Kampung Duyung, Jalan Lapangan Terbang, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Majlis tersebut akan mengumpulkan seluruh ahli dan penyokong PAS di DUN ini, selain akan turut serta para perantau yang pulang berhari raya di kampung.
Setiausaha MTD Seberang Takir, Pauzai Husain, menyeru kepada para perantau yang berasal dari DUN ini untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Majlis yang dijadualkan berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga 6.00 petang itu akan diisi juga dengan dialog khususnya dengan para perantau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan