PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 September 2008

Tidak yakin dengan 16 September

KUALA TERENGGANU: Dato' Mustafa Ali dalam satu sidang media di sini pada hari ini menyatakan tidak yakin akan berlaku perubahan kerajaan pada 16 September ini.

Beliau bercakap atas sifatnya sebagai pengamal dan penganalisis politik memberikan dua faktor asas dalam perkara tersebut.

"Dari segi teknikalnya, perubahan kerajaan boleh berlaku melalui perletakan jawatan Perdana Menteri (tidak mungkin akan berlaku) atau melalui undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen.

"Sedangkan pada 16 September Parlimen tidak bersidang kerana bercuti sepanjang bulan Ramadhan ini dan sudah tentu undi tidak percaya itu tidak boleh dibawa, sekalipun ada bilangan yang cukup untuk tumbangkan kerajaan.

"Banyak pengalaman lalu telah berlaku seperti di negeri-negeri Terengganu, Kelantan dan Sabah," kata beliau.

Sementara dari segi politik pula tegas beliau, tidak pernah berlaku kerana tidak ada orang yang lompat dari parti pemerintah kepada parti pembangkang. Walaupun perkara seumpaman itu pernah berlaku di negeri-negeri, tetapi ketika itu kerajaan di peringkat Pusat ialah Barisan Nasional (BN).

Lagipun tambah beliau, untuk mendapatkan 30 orang ahli Parlimen bukan suatu yang mudah.

"Kita tidak boleh memberi harapan yang kosong kepada rakyat dan saya berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara ini," tegas beliau.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa dalam suasana ini BN menjadi panik dan lawatan ke Taiwan oleh sebilangan ahli Parlimen itu ada hubung kait dengan perkara ini.

"Sebelah pihak ghairah yang melampau, sementara sebelah pihak lagi gelabah," ujar beliau.

Tiada ulasan: