MAJLIS Tertinggi (MT) Umno melalui mesyuarat khasnya semalam telah menggantung hak sebagai ahli selama tiga tahun terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum.
Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam Umno gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan parti.
Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kenyataan serta tindakan Datuk Ahmad yang telah menimbulkan keresahan, kemarahan dan bantahan daripada parti komponen Barisan Nasional adalah sesuatu yang serius.
Keputusan itu adalah rentetan daripada polemik yang dicetuskan oleh Ahmad apabila didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu.
Ahmad didakwa menyatakan bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA, yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Keputusan MT Umno ini diambil sehari selepas mesyuarat MT Barisan Nasional (BN) yang telah menyerahkan tindakan terhadap Ahmad kepada Umno. Ini bermakna Umno telah menerima tekanan hebat dari rakan-rakan dalam komponen BN yang bukan Melayu.
Walaupun alasan yang diberi adalah untuk keselamatan negara dan menjaga sensitiviti kaum di negara ini, tetapi umum orang melihat bahawa Umno tidak dapat bertegas dan mempertahankan seorang anggotanya yang menyatakan hak orang Melayu. Kita boleh bayangkan bagaimana perasaan orang Melayu dalam keadaan seumpama ini. Ini menunjukkan netapa lemahnya orang Melayu dalam mempertahankan hak mereka sehingga terpaksa tunduk dan akur kepada kehendak orang bukan Melayu.
Ahmad yang walaupun dalam kenyataan terbukanya menerima keputusan itu dengan menyifatnya sebagai qadha dan qadar Allah terhadap dirinya, tetapi sudah tentu jauh di sudut hatinya timbul rasa kecewa kerana pucuk pimpinannya tidak mampu mempertahankan dirinya ketika berdepan dengan orang bukan Melayu. Kalau hendak dikira dengan kenyataan lantangnya sebelum ini, sewajarnya beliau terus bertegas dengan pendiriannya dan tidak mudah untuk menjadi pemimpin yang bacul.
Kita masih ingat peristiwa yang membawa kepada Operasi Lalang pada 1987, sesuatu yang dicetus oleh kaum bukan Melayu dari rakan komponen BN terutama dari pemimpin MCA. Tidak ada satu tindakan pun diambil terhadap pemimpin-pemimpin berkenaan. Tetapi yang malangnya ketika itu, pemimpin-pemimpin pembangkang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Peristiwa yang berlaku terhadap Ahmad ini sepatutnya menjadi iktibar dan peringatan yang besar kepada orang Melayu, betapa mereka begitu lemah bila berdepan dengan kaum lain di negara ini. Tulisan ini bukan bertujuan mengapi-api semangat perkauman, tetapi melahirkan rasa kesedaran yang tinggi kepada orang Melayu supaya hak mereka tidak dicabar sewenang-wenangnya. Mereka mesti punya maruah dan harga diri yang mesti dipelihara, apatah lagi sebagai orang Islam yang telah ditetapkan haknya oleh Allah SWT. Jangan sampai kita begitu mudah dipermainkan oleh orang lain, dan kita dengan begitu mudah pula terpaksa tunduk kepada kehendak orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan