PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

14 September 2008

PAS Kuala Nerus anjur Kursus Kepimpinan


Haji Yahaya Ali dan Ustaz Mohd Nor Hamzah sedang menyampaikan kertas kerja

KUALA NERUS:
PAS Kawasan Kuala Nerus telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan yang melibatkan Ketua dan Naib Ketua Cawangan-Cawangan seluruh Kawasan ini pada Jumaat lalu.


Kursus di bawah kendalian Lajnah Pengurusan dan Pentadbiran PAS Kawasan itu diisi dengan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja "Kepimpinan Dalam Islam" dibentangkan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Sementara kertas kerja kedua "Pengurusan Organisasi PAS dan Peranan Kepimpinan" dibentangkan oleh Haji Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu.


Program sepetang itu telah dihadiri oleh lebih 100 orang peserta termasuk dari kalangan Muslimat.


Ketua Lajnah Pengurusan dan Pentadbiran, Zakaria Dagang dalam ucapan aluannya di majlis tersebut menyebut bahawa tugas kepimpinan adalah suatu tugas yang besar kerana ia merupakan amanah yang mesti ditunai dan disempurnakan.

"Para pemimpin yang diberi tanggungjawab ini semestinya mempunyai ilmu dan kemahiran dalam memimpin supaya organisasi yang dipimpinnya akan lebih berdaya maju dan berjaya mencapai objektif," tegas beliau.

Zakaria turut mengharapkan agar program-program kursus seumpama ini akan menjadi pemangkin ke arah kekuatan parti kita untuk berdepan dengan suasana yang semakin mencabar ini.

Turut hadir dalam kursus tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan.


Sebahagian dari peserta yang hadir

Tiada ulasan: