PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 September 2008

Program Cakna Mesra Muslimat & Nisa'

SEBERANG TAKIR: Majlis Tindakan Muslimat PAS Dun Seberang Takir bersama Nisa' telah mengadakan Program Cakna Mesra di sini semalam.

Program tersebut melibatkan 30 keluarga di sekitar Dun ini. Ia dijalankan secara ziarah ke rumah-rumah berkenaan yang melibatkan anggota jawatankuasa Muslimat dan Nisa' dengan diketuai oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang serta isterinya Maryani Ismail.

Menurut Pengarah Muslimat Dun, Hajah Shamsiah Zakaria, program tersebut merupakan acara tahunan Muslimat Dun ini dalam usaha membantu golongan yang dhaif.

"Program ini juga diadakan sempena bulan Ramadhan dan menjelang sambutan hari raya dengan sedikit bahan-bahan makanan harian dan wang tunai bagi setiap keluarga yang diziarahi," tambah beliau.

Pihaknya memerlukan peruntukan yang agak besar juga bagi menjayakan program ini dan beliau mengharapkan sumbangan dari golongan berada bagi turut membantu.
Antara penerima sumbangan hamper dan wang tunai itu ialah golongan ibu tunggal dan warga tua serta mereka yang uzur.

Dalam kesempatan menyampaikan sumbangan itu, para pimpinan turut dapat bertanya khabar terutama kepada mereka yang sakit dan keuzuran.

Tiada ulasan: