JUMAAT, 7 November 2008, hari kelima musafir kami di negara Kemboja.
Selepas selesai sarapan pagi di rumah Ustaz Sulaiman, seawal jam 7.30 pagi, kami telah keluar untuk melawat sebuah sekolah/madrasah di Kampung Gendal, tidak jauh dari bandar Kampot. Nama sekolah itu ialah Madrasah al-Islah, yang digabung pengajian kebangsaan Kemboja dengan pengajian agama. Di situ juga terdapat asrama anak yatim yang ditempatkan di rumah sewa yang agak uzur. Selain itu, terdapat juga sebuah masjid yang dinamakan Masjid Jamek al-Aman.

Kami tidak lama di situ kerana ketika itu murid-murid sedang belajar, dan kami berjanji untuk datang semula dalam majlis khas nanti.
Seterusnya Ustaz Sulaiman membawa kami ke Kampung Kedap yang jaraknya tidaklah jauh sangat dengan bandar Kampot. Di situ kami melawat bengkel jahitan yang diusahakan oleh golongan muslimat di kampung itu. Kami juga sempat menyampaikan sekotak pakaian terpakai yang kami bawa kepada wakil muslimat di bengkel itu untuk diagihkan kepada para penduduk setempat.
Selepas beredar dari situ, kami singgah sekejap di pasar yang ketika itu sedang sibuk dengan aktivitinya. Kemudian terus ke sebuah kampung yang berhampiran untuk sekadar meninjau keadaan kehidupan mereka. Rata-ratanya dapat dilihat betapa mereka dalam keadaan yang sangat dhaif dengan sebahagian besarnya rumah 'tidak seperti rumah'. Kami hanya singgah untuk bersalam dengan beberapa orang penduduk yang berada di tepi jalan laluan kami.

Jam 12.00 tengah hari, kami singgah untuk solat Jumaat di Masjid Kampung Sebau, Kampot. Khutbah yang disampaikan dalam bahasa Cham itu hanya dapat kami faham beberapa patah perkataan sahaja seperti "sidang Jumaat yang dihormati", "umat Islam" dan beberapa perkataan lain.
Selesai solat, kami mengadakan sedikit majlis dengan beberapa orang ahli jamaah. Saya menyampaikan sedikit ucapan dan diterjemahkan oleh Ustaz Sulaiman ke dalam bahasa mereka. Kemudian kami menyampaikan sedikit sumbangan kepada dua orang guru agama dan seorang imam di masjid itu. Selain itu, 15 orang ahli jamaah yang turut serta dalam majlis itu juga menerima sedikit sumbangan dari kami. Begitu juga beberapa orang kanak-kanak yang sedang menunggu di bawah mendapat habuan mereka.

Selesai majlis di situ, kami dipelawa ke rumah ketua kampung dan di rumahnya kami dihidangkan dengan buah kelapa muda. Seterusnya kami melawat ke kawasan pelancongan di Kep City yang tidak jauh dari kampung itu. Kawasan itu merupakan kawasan tepi laut yang terdapat banyak calet dan hotel. Ia bersempadan dengan Vietnam.
Jam 2.30 petang (3.00 petang waktu Malaysia), baru kami makan tengah hari di rumah Ustaz Sulaiman. Sekali lagi kami dijamu dengan ketam dan udang besar yang begitu enak sekali.
Petang itu kami hanya berehat di rumah. Dalam pada itu, saya bersama Haji Salahuddin sempat juga ke cyber cafe di pekan yang berhampiran. Dapatlah chating dengan keluarga di kampung. Dari situ kami mendapat berita Cikgu Ismail Musa baru mendapat seorang cucu baru.

...Bersambung.
1 ulasan:
Harap kita boleh meneruskan lagi misi.Kali ini boleh kita buat perancangan ke Vietnam@Laos pula.Walau bagaimanapun perjalanan dengan keretapi agak meletihkan.
Catat Ulasan