Hampir jam 2.00 pagi aku sampai ke rumah setelah seharian menjalankan tugas di Markas Besar Pilihan Raya Kecil Parlimen P.036 Kuala Terengganu di Kuala Ibai dan meninjau kerja-kerja anak buah di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Cina dan Pejabat Bandaran di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.
Ketika itu isteriku telah nyenyak tidur setelah hampir seharian juga berkempen di kawasan bandar Kuala Terengganu. Dalam kesibukan bekerja tadi, aku dikejutkan dengan satu sistem mesej singkat (SMS) dari anakku Abdul 'Alim dari Mesir yang mengucapkan "Selamat Ulangtahun Ke-47" kepada ibunya melalui telefon bimbitku. Baru aku teringat bahawa hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran isteriku.
Ketika aku memasuki bilik, aku memang tidak mahu mengganggu tidurnya. Tetapi rupanya beliau terjaga dengan kehadiranku. Lalu aku terus mengucapkan "Selamat Ulangtahun" sambil mengucup dahinya.
Umurnya sudah 47 tahun, telah bersama denganku melayari bahtera rumahtangga selama hampir 26 tahun, melahirkan sembilan anak (lima lelaki dan empat perempuan) yang merupakan hadiah berharga buat kami. Sepanjang tempoh itu kami cukup bahagia, walaupun hidup tanpa kemewahan harta benda. Beliau tidak pernah meminta sesuatu seperti barang kemas dan perhiasan, walaupun pernah suatu ketika aku mampu memenuhinya. Beliau tidak pernah bersungut dengan kehidupannya. Beliau cukup berpada dengan apa yang ada, redha dengan taqdir yang telah ditentukan.
Aku rasa akulah orang yang paling bahagia dan paling bertuah kerana memilikinya. Aku bersyukur atas anugerah dan jodoh yang Allah tentukan untuk aku ini. Itulah yang sentiasa aku doakan di zaman bujangku dahulu. Aku berbangga menjadi suaminya.
Banyak lagi yang aku ingin rakamkan di sini mengenai isteriku, tetapi waktu yang aku miliki sekarang agak terbatas dengan kerja-kerja yang semakin bertambah di markas pilihan raya ini. Insya' Allah, lain kali boleh diceritakan.

2 ulasan:
Salam ulangtahun kelahiran ke 47 buat mok tersayang.
semoga Alloh panjangkan umur mok dalam keadaan sihat & dimurohkan rezeki yang halal.
kekalkan title isteri solehah kpd suami soleh & ibu mithali kpd anok2 soleh & solehah.
semoga mok diberi kekuatan untuk menempuh dugaan & cabaran jihad.
semoga mok kekal menjadi pendokong, penyokong, & pemberi semangat kepada ayoh dalam perjuangan islam hingga syaheed.
semoga mok masyhur & dikenali oleh makhluk di langit & di bumi.
semoga mok dikasihi oleh Alloh, keluarga, & semua manusia.
semoga nama mok tercatat dalam senarai para kekasih Alloh & RosulNya.
doakan kesihatan, keselamatan, panjang umur, & kejayaan cemerlang areh di bumi Mesir.
areh sangat sayangkan mok. semoga Alloh kabulkan doa areh & doa mok...ameen
semoga kehidupan mok & ayoh serta keluarga kite dibawah rahmat & mardhotillah...ameen
Catat Ulasan