PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

07 Januari 2009

Ramainya polis di Kuala Terengganu



SATU sejarah baru dicipta lagi. Kali ini ia berlaku di Kuala Terengganu yang sedang meriah dengan kempen pilihan raya kecil, di mana 17 Januari 2009 akan menjadi saksi siapa yang akan menjuarainya.

Sesuatu yang baru dan menarik serta suasana yang sangat luar biasa sedang berlaku di sini ialah ramainya anggota polis yang dikerahkan untuk bertugas bagi pilihan raya ini. Ada orang kata ia mengambil pengalaman dari Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh enam bulan lalu.


Mengikut maklumat rasmi dari pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), seramai lebih 6,000 anggota polis pelbagai pangkat ditempatkan di seluruh kawasan pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu ini sejak seminggu lalu.

Di sana sini kelihatan kanopi-kanopi bewarna putih yang dijadikan pondok polis sementara. Manakala setiap satu DUN (empat DUN) ditempatkan pula satu kawasan seluas padang bola dengan dibina khemah sementara yang lengkap dengan segala kemudahan penginapan dan lain-lain. Mengikut kata polis, sejumlah lebih seribu anggota ditempatkan di setiap satu tempat itu.

Apakah keperluannya sehingga begitu besar anggota yang dikerah untuk bertugas di sini? Kalau dinisbahkan dengan jumlah pengundi yang berjumlah lebih 80,000 orang itu bererti seorang anggota polis akan menjaga 13 orang pengundi. Ini merupakan nisbah yang sangat besar. Maka beruntunglah para pengundi di sini yang dijaga dengan rapi keselamatannya.

Melihat kepada ramainya gerombolan anggota polis yang berkawal di Kuala Terengganu ini seolah-olah akan berlaku satu peperangan yang besar. Bagaimanapun dengan prasangka yang baik, kita beranggapan bahawa polis bertujuan untuk menjamin keselamatan para pengundi dan petugas yang terlibat dengan pilihan raya ini. Cuma jumlah yang agak besar itu menjadikan ia sesuatu yang luar biasa dan pastinya mencipta satu sejarah baru di sini.

2 ulasan:

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.