PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

28 Januari 2009

Semua dijemput ke Jamuan Kesyukuran PRK P.036

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) akan mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.036 Kuala Terengganu baru-baru.

Majlis tersebut akan diadakan pada hari Khamis 29 Januari 2009 bermula jam 11.00 pagi, di Perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.


Dijangka sebanyak lapan ekor kerbau akan ditumbangkan bagi jamuan tersebut dengan anggaran 6,000 hingga 8,000 orang tetamu akan menghadirinya.


Majlis tersebut akan turut disertai oleh para pemimpin dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR), badan-badan bukan kerajaan (NGO), pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta orang awam, trutamanya para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memenangkan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali yang juga selaku Pengarah Program menyeru dan menjemput semua para penyokong untuk bersama-sama menjayakan majlis kesyukuran itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good job way to go PAS! Allahu Akbar!