PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

01 Februari 2009

Ayah ADUN Bukit Tunggal meninggal

KUALA NERUS: Rejab Abd Rahim, 74, ayah kepada Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Kawasan Bukit Tunggal telah meninggal dunia pada hari ini. Almarhum menghembuskan nafas terakhir sebelum Subuh pagi tadi (Ahad) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Almarhum dimasukkan ke HSNZ sejak dua hari lalu kerana sakit jantung.


Jenazahnya telah sempurna disembahyangkan sebaik selepas solat Asar di Surau Kampung Bukit Tok Ris dekat sini hari ini. Solat jenazah itu telah diimamkan oleh Dato' Harun Taib, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Turut sama menyembahyangkan jenazahnya ialah Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri; Haji Muhyidin Abdul Rashid, Ketua Penerangan PAS Negeri; Ustaz Abu Bakar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus; pimpinan PAS Kawasan dan lebih 200 orang ahli jamaah.

Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Siah Ngah dan enam orang anak. Dr Alias merupakan anaknya yang kedua.

Dr Alias mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi dan solat jenazah almarhum ayahnya.



Tiada ulasan: