PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

05 Februari 2009

Murahnya harga diri seorang pemimpin (?)


Sejarah 'beli orang' berulang kembali. Pada tahun 1961, peristiwa hitam itu berlaku di Terengganu apabila Umno/Perikatan berjaya 'membeli' beberapa orang ADUN dari PAS dan berjaya merampas Kerajaan Negeri pimpinan PAS di bawah Menteri Besarnya, Haji Mohd Daud Abdul Samad melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Begitu juga berlaku di Kelantan pada tahun 1968, lima orang ADUN PAS diculik dan dikurung selama sebulan dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan PAS.


Hari ini Umno/BN mengulangi semula kerja jahat dan tidak bertamadun itu dengan 'menculik dan membeli' wakil-wakil rakyat dari Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat. Drama itu berakhir pada hari ini apabila BN berjaya mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak setelah tiga ADUN dari Pakatan Rakyat mengisytihar keluar dari parti masing-masing dan menyokong BN.

Dilihat kepada situasi ini, alangkah mudahnya seseorang itu yang bertaraf pemimpin (?) boleh dijinakkan dengan sesuatu habuan atau diugut dengan sesuatu ugutan untuk menukar pendirian mereka. Pendirian itu bukan sebarang pendirian, tetapi adalah prinsip perjuangan yang dipegang oleh mereka dalam menganggotai dan mendokong parti mereka.

Layakkah mereka bergelar pemimpin? Harga diri mereka terlalu murah, boleh digadai dengan mudah dengan sedikit habuan (walaupun mungkin pada mereka nilai dunianya sangat besar, tetapi bukan taruhan dengan prinsip perjuangan mereka).

Sepatutnya BN juga tidak menerima orang seperti ini yang tidak ada pegangan kukuh dalam prinsip perjuangan. Tetapi bagi BN itu tidak penting, kerana kuasa yang mereka perlukan lebih penting dari segalanya. Walaupun anggota yang diterimanya tidak berklualiti (sebagaimana kata Tun Dr Mahathir), mereka tidak ambil kisah. Memang sah BN tidak pernah ada maruah selama ini.

Tiada ulasan: