PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

19 Februari 2009

'BUKIT' mana pula selepas ini?



Dari Bukit Gantang (Perak) ke Bukit Selambau (Kedah) dan seterusnya ke Bukit Lanjan (Selangor). Ketiga-ketiga bukit itu menjadi tempat yang panas sejak akhir-akhir ini. Sesuatu yang ditakdirkan Allah, ketiga-ketiga kawasan pilihan raya yang akan berdepan dengan pilihan raya kecil dan kemungkinan pilihan raya kecil namanya bermula dengan 'BUKIT'.

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu, telah dua kali berlaku pilihan raya kecil dalam negara kita. Ia bermula di PERMATANG Pauh, kemudian menuju ke KUALA Terengganu. Pada 7 April 2009 ini ia akan naik ke dua BUKIT, iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mungkin juga akan naik pula ke satu lagi BUKIT, iaitu Bukit Lanjan.

Inilah percaturan politik yang berlaku dalam negara kita. Dalam suasana krisis politik yang melibatkan krisis Perlembagaan berlaku di negeri Perak yang turut membawa keadaan yang tidak tenang, berlaku pula suasana panas di Kedah. Kemudian menyusul satu lagi suasana gawat di Selangor.

Ia seolah-olah suatu perancangan yang diatur oleh manusia. Tetapi kita kena ingat bahawa walau bagaimana sekalipun perencanaan yang dibuat oleh manusia, tidak akan dapat mengatasi perencaaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Perencana.

Selepas berlaku di tiga BUKIT itu, maka bukit mana lagi yang akan 'terpilih' selepas ini?

Tiada ulasan: