Mungkin ada tertanya-tanya dengan tajuk di atas. Kenapa dengan Keluarga 69? Apa kena mengena dengannya? Apa kaitannya dengan filem popular arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Keluarga 69"?
Sebenarnya apa yang saya nak ceritakan kali ini ialah mengenai Program Rehlah Keluarga di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang yang kami anjurkan semalam. Program ini melibatkan sembilan keluarga dari adik beradik saya sebelah ibu. Hanya satu keluarga sahaja yang tidak dapat menyertai program kali ini kerana kerana uzur. Secara kebetulannya, jumlah anggota yang bersama-sama dalam rehlah ini ialah 69 orang.
Program yang seumpama ini selain dari usrah bulanan memang selalu kami anjurkan bagi tujuan merapatkan hubungan sesama kami. Lebih penting lagi ialah bagi memastikan kesinambungan hubungan yang akan sentiasa rapat antara sesama anak-anak kami (sepupu dengan sepupu) yang akan kami tinggalkan sebagai pewaris Generasi Ghuraba' (Anak Cucu Dagang).
Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing, terutama ibu kami. Ibu kami yang kini berusia 68 tahun sangat senang melihat anak-anak yang dilahirkannya dapat hidup dengan penuh harmoni, berkasih sayang antara satu sama lain. Sesungguhnya ini semua adalah hasil didikan dan asuhan dari ibu kami yang sangat penyayang, yang sangat menekankan rasa ukhuwwah antara kami. Kami berbangga dikurniakan seorang ibu sepertinya. Dan sesungguhnya, almarhum ayah kami telah membuat pilihan yang paling tepat untuk orang yang menjadi ibu kami.
Selain dari menjamu selera, manda-manda dan bermain sebagai pengisian program rehlah ini, kami juga mengadakan usrah keluarga kami untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan keluarga kami. Alhamdulillah, beberapa perkara berjaya kami selesaikan.
Kami berharap agar diberi peluang lagi untuk kami menganjurkan program-program seumpama ini di masa akan datang, insya' Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan