PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

12 Mac 2009

Bermulanya surau baru


Pembinaanya bermula sejak bulan Jun 2008 lalu, dan kini sudah siap sepenuhnya serta sudah mula digunakan. Mengambil sempena tarikh 12 Rabi'ul-Awwal 1430, ia dimulakan dengan solat Maghrib dan Kuliah Maulidur-Rasul oleh Ustaz Haji Abu Bakar Musa.

Kami sepakat menamakannya dengan Surau Al-Mawaddah. Sebelum ini, di Kampung Teluk Ketapang ini telah wujud sebuah pusat prasekolah, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang juga diberi nama PASTI Al-Mawaddah. Barangkali ia akan menjadi nama yang sinonim dengan kampung ini, insya' Allah.

Kos pembinaannya dianggarkan melebihi RM100 ribu. Sumbangan berupa wang tunai yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM55,000, Sementara perbelanjaan tunai pula sebanyak RM63,000. Itu tidak termasuk upah pekerja dan sumbangan bahan-bahan binaan yang agak banyak juga nilainya.

Malam tadi selepas solat Isya', ahli-ahli jamaah berkumpul untuk menjayakan mesyuarat agung bagi memilih ahli jawatankuasa baru dan pegawai-pegawai (imam dan bilal) serta membincangkan perkara-perkara ke arah kemajuan surau ini.

Hasil mesyuarat tersebut, ahli-ahli jamaah telah sebulat suara memilih Zakaria Dagang sebagai Penasihat, Ramli Mustafa (Pengerusi), Haji Mamat Jusoh (Timbalan Pengerusi), Ibrahim Musa (Setiausaha), Mohamad Tahar (Penolong Setiausaha) dan Haji Mohamad Chik (Bendahari).

Antara yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa pula ialah, Haron Sulaiman, Haji Ali Yaakob, Mohd Nasir Sulong, Haji Che Kamarudin Che Mat, Wan Mohd Bakri Wan Abd Latif, Abdullah Awang dan Wan Sulaiman Wan Ismail.

Sementara itu, Haji Mohamad Chik, Haji Abdul Manan Mohamad, Haji Kamarudin Che Mat, Abdullah Awang dan Haji Abdullah Tahar telah dipilih sebagai imam. Manakala bilal pula terdiri daripada Mamat Tahar, Kamal Jusoh, Abdul Salam Mohamad, Ahmad Suhail Zakaria, Mohd Ghazali Mohd Zaid, Mohd Nasir Sulong dan Mohamad Abdullah.

Beberapa cadangan telah dipersetujui dalam mesyuarat itu seperti memenuhi setiap malam dengan kuliah (sudah ada empat malam setakat ini), mewujudkan tabung derma dan beberapa cadangan lain.

Semoga Surau Al-Mawaddah ini akan makmur dengan aktiviti-aktivitinya bagi memenuhi keperluan sebagai rumah Allah dan fungsi sebenarnya.




Tiada ulasan: