PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

11 Mac 2009

Pak Soh kemalangan


TELUK PASU: Kira-kira jam 10.30 pagi semalam (Selasa), Jusoh Mohamad (Pak Soh), Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Teluk Ketapang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di sini. Beliau yang tinggal dekat Kawasan Perumahan Sekati, ketika kejadian hendak keluar ke bandar, tiba-tiba dirempuh oleh seorang penunggang motorsikal yang baru berumur 14 tahun.

Beliau mengalami kecederaan di kepala serta patah tulang selangka dan retak tulang rusuk kiri. Bagaimanapun beliau hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

PAS Cawangan Teluk Ketapang melalui wakilnya yang terdiri daripada Zakaria Dagang (Ketua), Razali Muhammad (Naib Ketua), Haji Che Kamarudin Che Mat (AJK) dan Haji Mokhtar Mamat (AJK) telah menziarahi beliau di rumahnya dekat sini.

Apa yang menariknya, Pak Soh dalam usrah Cawangan malam Selasa lalu telah memberikan komitmen untuk bertugas di Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil di situ. Beliau telah memberi kesediaan untuk bertugas mulai 2 hingga 7 April 2009 bersama seorang lagi AJK Cawangan ini iaitu Hassan Abdullah bagi mewakili Cawangan.

Kita bersama doakan semoga Pak Soh cepat sembuh dan niatnya untuk bertugas di Bukit Gantang itu akan dapat disempurnakan, insya' Allah.

Tiada ulasan: