PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

23 Mac 2009

Himbauan Bukit Gantang

Hari ini, Isnin 23 Mac 2009 bermula Gelombang Kelima (Petugas Elit sejak 27 Februari 2009) dan Gelombang Kedua (Petugas Penuh) bagi Pasukan Pembantu PAS dari negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.059 Bukit Gantang. Gelombang ini akan berakhir pada 28 Mac untuk diganti oleh gelombang seterusnya. Petugas bagi Gelombang Pertama (18 - 23 Mac) akan menyerahkan 'baton' kepada petugas Gelombang Kedua (23 - 28 Mac) pada jam 8.00 pagi hari ini.

Seramai 32 orang lagi petugas dari PAS Kawasan Kuala Nerus akan meneruskan kerja di Unit Peti Undi (UPU) Air Kuning, DUN Cangkat Jering, Parlimen Bukit Gantang mulai hari ini. Mereka terdiri daripada 24 orang muslimin dan 8 orang muslimat. Mereka memulakan langkah dengan penuh semangat bagi memastikan bahawa parti Islam ini akan mampu membawa kemenangan dalam PRK ini nanti, insya' Allah.

Di hadapan mereka terbentang tugas besar dan mencabar. Apatah lagi bila berhadapan dengan jentera Barisan Nasional (BN) yang pastinya akan berhempas pulas untuk menawan kembali kerusi Parlimen ini. Bagi mereka ia merupakan satu maruah (walaupun mereka tidak pernah bermaruah) yang mesti dipelihara. Ia juga adalah pilihan raya kecil pertama di bawah Presiden Umno yang baru. Maka sudah tentu kemenangan itu sangat penting bagi mereka.

Bagi para petugas PAS, mereka tidak pernah gentar menghadapi semua itu. Mereka akan membuktikan bahawa kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu akan diulangi lagi di sini. Semangat dari dua kemenangan itu terus membara di jiwa mereka dan menjadi pendorong yang kuat kepada mereka dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertaruhkan kepada mereka.

Setiap penjuru atau kubu yang dipertanggungjawabkan kepada mereka akan dijaga dengan rapi dan dipertahankan semaksimum mungkin. Mereka berbekalkan semangat dan daya juang yang tinggi yang disertakan dengan pergantungan yang utuh kepada Allah SWT.

Bukit Gantang akan terus menghimbau para petugas untuk datang dan menyumbang bakti. Kami akan terus menyahut himbauan itu bagi memanifestasikan JIHAD kami di jalan Allah. Semoga Allah terus mengurniakan kemenangan kepada para pejuang agama-Nya. ALLAHU AKBAR!!!

Tiada ulasan: