BUKIT GANTANG: PAS telah mengisytiharkan calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.059 Bukit Gantang dalam satu majlis yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya, Taiping dekat sini malam tadi. Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang telah dipilih sebagai calon bagi PRK ini.
Pengumuman itu telah disambut dengan laungan takbir dan tepukan yang bergemuruh oleh kira-kira 30,000 orang penyokong yang hadir dalam majlis yang disempurnakan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Reaksi pertama yang dilihat ialah dalam majlis perisytiharan tersebut, di mana secara keseluruhannya memberikan sambutan atau respons yang sangat baik. Mereka bangun berdiri sebagai tanda sokongan yang padu terhadap Ir Nizar.
Dalam tinjauan di kampung-kampung pula, rata-rata memberikan sambutan yang sangat positif dan membanggakan. Mereka berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin yang telah memilih Ir Nizar sebagai calon.
Daripada maklumat mereka juga, Umno seolah-olah terduduk dengan pemilihan tersebut, dengan menyebut, "habislah kita."
Para petugas PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat lebih bersemangat dengan pemilihan calon ini.
Kita harapkan semoga pilihan yang dibuat oleh pimpinan ini adalah pilihan yang sangat tepat dan kena dengan suasananya serta akan membawa hasil kepada kemenangan PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang ini, insya' Allah.
Catatan ini dibuat di UPU Bukit Gantang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan