PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

10 Mac 2009

Kemeriahan Hari Keluarga Kg Duyung

Zakaria sedang berucap menutup majlis

SEBERANG TAKIR:
PAS Cawangan Kampung Duyung, Seberang Takir berjaya menganjurkan program Hari Keluarga dan Sukaneka pada hari semalam sempena cuti Maulidur-Rasul SAW. Program sehari suntuk itu telah dirasmikan penutupnya oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang.

Dalam ucapan ringkasnya, Zakaria mengharapkan agar program seumpama ini akan menjadi pemangkin kepada kekuatan jamaah kita di kampung ini.

"Saya berharap agar melalui program seperti ini, ukhuwwah dan silaturrahim antara kita sesama warga kampung ini akan dapat ditingkatkan dan sekaligus melahirkan kekuatan baru kepada kita bagi kelangsungan kerja-kerja perjuangan ini," ujar beliau.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam acara-acara yang dipertandingkan dalam program itu, selain hadiah bagi cabutan bertuah.

Kepelbagaian acara yang disusun bagi program tersebut telah melahirkan semangat kerjasama dan kasih sayang antara para peserta. Antara acara-acara menarik ialah merentas desa (termasuk bagi peserta muslimat), kaki gajah, lambung kasih, bolasepak berkain pelikat, rakit darat, tarik tali dan lain-lain.

Gambar-gambar menarik sekitar program tersebut:

Acara tarik tali

Bolasepak berkain pelikat

Penyampaian hadiah

Pertandingan Basikal Berhias

Sebahagian para peserta muslimat

Sidang bawah pokok?

Tiada ulasan: