TANGGAL 25 Mac 1984, detik 11.15 pagi adalah tarikh dan masa yang sangat bermakna buat saya dan isteri. Ketika itulah lahirnya anak sulung kami yang dikandung ibunya selama tempoh sembilan bulan dengan segala susah payah dan pelbagai ujian. Pengalaman ibunya mengandungkannya adalah suatu yang sangat mencabar, sehingga hampir-hampir beberapa kali keguguran kandungan itu. Tetapi akhirnya, berkat kesabaran dan doa kami, Allah telah sempurnakan dia untuk dilahirkan ke dunia ini dengan selamat.
Semalam (Rabu) genap usia AHMAD SUHAIL yang kami panggil Abang 25 tahun, umur matang bagi seorang pemuda. Kelahirannya 25 tahun yang lalu membawa kegembiraan bagi keluarga kami. Kelahirannya juga membawa sedikit kontroversi antara saya dan bidan kampung yang menyambutnya. Menurut bidan itu, anak itu lahir dalam keadaan 'sambang' (keadaan tali pusatnya terbelit di tengkuknya). Mengikut adat dan kepercayaan orang-orang tua, ia mesti di'lepas'kan dengan cara dan kaedah tertentu.
Atas keyakinan saya bahawa semua itu adalah kepercayaan yang karut dan bahkan bertentangan dengan syariah, saya bertegas untuk tidak me'lepas'kannya. Tok bidan berkeras mahu juga melepaskannya dengan kepercayaannya akan terjadi sesuatu yang buruk kepada anak itu. Bagi saya kepercayaan seumpama itu adalah syirik.
Cara untuk melepaskannya ialah dengan menghadiahkan sehelai kain batik kepada bidan. Pada saya, bukan sekadar sehelai, bahkan lebih dari itu saya sedia untuk lakukan. Tetapi apabila perbuatan itu kerana sebab 'sambang' tadi, saya tidak mahu melakukannya. Disebabkan peristiwa itu, hubungan saya dengan bidan itu menjadi agak renggang.
Tanpa kemewahan dan kesenangan, kami berusaha membesar dan mendidiknya secara langsung dan secara tidak langsung. Kalau semasa mengandungkannya, ibunya sangat aktif ke sana ke mari mengikuti program jamaah, maka begitulah ketika dia masih bayi, dibawa ke merata-rata tempat bersama program ibu dan ayahnya. Kadang-kadang terpanah dengan terik panas matahari, dan kadang-kadang pula berembun di tengah padang serta bermandikan hujan di tengah jalan.
Kami yakin bahawa itulah antara kaedah tarbiyah secara tidak langsung yang dapat kami terapkan ke dalam jiwa anak sulung kesayangan kami itu. Dia membesar dalam suasana dan persekitaran yang soleh (bi'ah solehah).
Walaupun beliau tidak mampu untuk pergi lebih jauh dalam menggapai ilmu di bidang pengajiannya, kami tetap redha dengan keadaan itu, kerana kami boleh menilai kemampuannya.
Di kampung, beliau diberi amanah untuk memimpin pemuda sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan Teluk Ketapang. Meskipun masih banyak lagi kelemahan yang ada pada beliau, yang beliau mesti berusaha untuk belajar meningkatkannya lagi, kami yakin kesediaan beliau untuk belajar dari pengalaman orang yang lebih lama pasti akan mampu memimpin dengan baik, insya' Allah.
Abang (Suhail) sebagai anak sulung dalam keluarga ini sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai penggalang ganti kepada ayah dan emak. Lapan orang adik di bawah Abang pastinya mengharapkan Abang sebagai pembimbing kepada mereka. Contoh tauladan yang baik mesti ditunjukkan kepada adik-adik agar dituruti mereka dengan baik.
Sempena hari ulangtahun ke-25 kelahiran Abang, ayah dan emak serta adik-adik mendoakan agar Abang sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. Semoga Abang terus berjaya dalam semua lapangan hidup bagi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan