PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

13 Mei 2009

40 tahun 13 Mei

KUALA TERENGGANU: Hari ini tanggal 13 Mei, bererti genap 40 tahun berlakunya peristiwa hitam dalam negara ini yang dikenali sebagai "Peristiwa 13 Mei" yang berlaku pada tahun 1969.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Mustafa Ali dalam satu sidang media di pejabatnya di sini hari ini menyebut bahawa ia diingat sebagai satu peristiwa rusuhan kaum akibat Pilihan Raya Umum 1969.

"Ia patut menjadi iktibar kepada kita dalam negara pelbagai kaum, bahawa kalau tidak dikendalikan dengan bijaksana boleh mencetuskan perkara seperti itu," tegas beliau.

Setelah 40 tahun peristiwa itu berlalu, Mustafa mengakui bahawa hubungan antara kaum adalah lebih baik sekarang berbanding dengan masa itu.

Pada pengamatan beliau, perkembangan positif berlaku dalam interaksi antara kaum di negara ini berbanding dahulu. Contohnya sistem pendidikan dengan pengukuhan bahasa kebangsaan telah memberi perkembangan yang baik dalam penguasaan bahasa kepada rakyat yang bukan Melayu.

Mengulas mengenai politik, Mustafa menyebut bahawa interaksi antara kaum telah berlaku lama. PAS sudah mengadakan kerjasama politik dengan kaum lain sejak tahun 1980-an lagi.

Sementara di Kelantan pula tambah beliau, tidak berlaku diskriminasi kaum sepanjang pemerintahan PAS di sana.

"Politik perkauman masih wujud, dan ia diperkukuhkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri. Dari segi retoriknya, ada perkembangannya yang tidak boleh kita nak cakap," kata beliau lagi.

Akhirnya beliau mengingatkan lagi supaya peristiwa itu perlu dijadikan iktibar untuk melakukan sebaik mungkin ke arah bersatu padu dan semua bertanggungjawab, sama ada kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.

Tiada ulasan: