PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS

PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
Memohon derma dan sumbangan dari orang ramai untuk menyiapkan sebuah bangunan Pusat Tarbiyah

14 Mei 2009

Majunya Terengganu, bank pun tutup

Negeri Terengganu selepas diambil alih kembali oleh Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004) digembar-gemburkan sebagai negeri yang maju, terutama semasa Dato' Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar. Bandar bagi ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu telah dinaik taraf sebagai bandaraya hampir setahun setengah yang lalu, satu-satunya bandaraya di Pantai Timur.

Taraf bandaraya yang diberikan kepada Kuala Terengganu rupa-rupanya tidak memberi apa-apa makna yang istimewa kepada warganya. Tidak ada apa-apa perubahan yang ketara pada bandar ini. Cuma baru-baru ini sahaja beberapa laluan utama dalam bandar ini dijadikan jalan sehala bagi mengatasi masalah laluan trafik. Masalah trafik itu bukan baru berlaku sehari dua ini, bahkan sejak lama dahulu sebelum bandar ini bertukar menjadi bandaraya lagi.

Apa yang 'dinikmati' oleh warga kota ini ialah antaranya kalau dahulu ada perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas mini beroperasi bagi kemudahan penduduk di beberapa kampung di sekitar bandar, tetapi sejak Kuala Terengganu menjadi bandaraya operasi bas mini hampir ditamatkan. Kalau adapun mungkin sebuah atau dua buah sahaja yang masih kelihatan di jalan raya.

Walaupun ada premis-premis baru untuk perkedaian di bandar ini, tetapi ia kelihatan tidak seceria mana. Bahkan lebih malang, para peniaga yang sejak sekian lama menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti di Pasar Besar Kedai Payang terpaksa termenung panjang seharian menunggu pelanggan yang tak kunjung datang bertandang.

Yang terbaru pula, sebuah bank yang merupakan antara bank yang awal beroperasi di bandar ini iaitu Standard Chartered Bank sudah gulung tikar dan terpaksa memindahkan operasinya ke Kuantan, Pahang sejak 4 Mei lalu. Keadaan ini sangat menyukarkan para pelanggan yang berurusan dengan bank tersebut.

Inilah lambang kemajuan yang sedang berlaku di negeri Terengganu sekarang, yang mungkin ada lagi perkara lain yang tidak disebut di sini. Kita tidak tahu apa lagi yang akan 'hilang' dari negeri ini selepas ini.

1 ulasan:

kedai buloh besor kali berkata...

"Tak terlintas di hati ini, tak terbayang di fikiran ini" itu lah kata-kata yang dianggap keramat oleh juak-juak Idris Jusoh ,diulang dan diulang tayang di kaca tv suatu ketika dulu. 'Kununnya' pembangunan yang sangat hebat dibawa oleh umno ke negeri Terengganu setelah merampas pemerintahan dari tangan PAS melalui pilihanraya yang cukup mencurigakan. Ingatkan Taman Syurga yang tak tergambar oleh fikiran kita nak dibangunkan di Terengganu. Rupa-rupanya buat replika masjid kat pulau Wan Man.Apalah 'maknga' punya pok derih.Kat luar negeri lama dah orang buat masjid tu betul-betul bukan setakat replika saja. Dua menteri besar dari umno telah bertukar dan berjuta-juta duit royalti yang diubahsuai namanya telah dihabiskan hanya mampu membawa 'bandaraya segera' hanya indah pada nama tidak pada rupa yang sebenar. Apalah sangat yang boleh dibanggakan dengan nama bandaraya kalau sebuah bank pun tak boleh nak jaga,terpaksa pindah ke Kuantan yang bukan bandaraya.Alaahai! Kuala Terengganu ku sebuah bandaraya...